Friday, 12 December 2025

Autumn in Tokyo: Last Day... Jom Balik

Sabtu, 6hb Disember 2025

Hari ini hari terakhir kami di Tokyo. Flight balik Malaysia pada pukul 11:50 malam ini. Anak-menantu sewa kereta untuk hantar Ummi dan Ayah ke airport. So dah alang-alang ada kereta kita keluar jalan-jalan sekitar Myoden buat kali terakhir. 

Yang penting pepagi lagi saya dah bangun goreng meehoon buat sarapan. Kerja di dapur menjadi laju dan mudah bila semua orang memberi bekerjasama. Usai sarapan kami keluar shopping untuk kali terakhir demi memenuhi hasrat anakanda nak belanja Ummi dan ayah terchenta. Alhamdulillah, semoga murah rezeki seterusnya. 🌹

Pada pukul 4:00 petang kami keluar menikmati sunset (Maghrib pada pukul 4:30 petang/malam) di Edo River sambil capture beberapa keping gambar buat kenangan. Masa kami keluar dari kereta bau hanyir ikan agak kuat menyusuk ke hidung. Rupa-rupanya di situ adalah kawasan memancing dan kami berselisih dengan ramai kaki pancing. 

Air saliran sangat tenang namun berbau hanyir.

Kediaman sekitar Edo River.

One for the memory.

Suasana waktu senjakala.

Kami tidak berlama-lama kerana nak bersiap untuk ke Haneda Airport pulak. Luggage semua dah siap packed sebelum turun pagi tadi.

Luggage dah siap beratur depan pintu rumah.

Kami turun dari rumah sewa anak-menantu dalam pukul 6:30 malam dan tiba di Haneda Airport dalam pukul 7:15 malam. Terus beratur untuk check-in walaupun kaunter hanya mula dibuka pada pukul 8:00 malam. By pukul 8:30 malam setel check-in dan drop bag, kami singgah makan kebab Halal Japan sebelum ke pintu departure.

Kedai kebab halal. 


Menikmati last meal sebelum berlepas balik Malaysia.

Bye baby... ada rezeki bertemu lagi.

Kami selamat mendarat di KLIA2 pada pukul 6:30 pagi selepas lebih 7 jam penerbangan. Saya dapat tidur sepanjang masa dalam flight dan bangun solat subuh sebelum turun. Laluan imigresen sangat laju. Namun kami terpaksa menunggu bagasi hampir satu jam.

Hampir sejam menunggu bagasi di belt 7.

Keluar dari arrival hall, kami singgah sarapan roti canai di Food Arcade, sebelum ambik Grab Car balik Ampang. 

Rindu roti canai katanya. Roti canai telur RM4 sekeping.

Kami selamat tiba di rumah pada pukul 9:30 pagi. Home Sweet Home.🥰 

Semoga ada rezeki dan kesihatan yang baik untuk travel lagi. Aamiin.🌹

Sekian. 😊

No comments:

Overnight @Impiana KLCC

Sabtu 13th Disember 2025 Semalam hubby ada program Home Coming apa ntah. Depa buat di Hotel Impiana KLCC. Saya malas nak tahu details. Bila...