Thursday, 11 December 2025

Autumn in Tokyo: Jalan-jalan Gyotoku cari Makanan Halal

Day 5: Rabu 3hb Disember 2025

Hari ini saya plan untuk shopping barang-barang halal buat stok makanan anak-menantu. Kedainya terletak di Gyotoku, bersebelahan dengan pekan Myoden. Sebelum ke sana kami singgah di AEON Mall Myoden cari sarapan ringan dahulu. 

Saja snap gambar ni buat penuh henfon.😁

Kenangan depan AEON Myoden.

Kami naik train dan turun satu stop selepas Myoden. Di kawasan ini ramai orang Asia dan masyarakat Muslim. Ada beberapa kedai halal dan masjid komuniti juga. Sebagai destinasi pertama, kami singgah solat di Masjid Hira.

Jadual waktu solat di Masjid Hira hari ini.

Ruang solat wanita.

Tempat wudhu wanita.

Tempat wudhu lelaki.

Papan kenyataan Masjid Hira, Gyotoku.

One for the memory.

Usai solat jamak qasar Zohor & Asar, kami berjalan kaki ke kedai groceries halal. Ada kedai Hira Mart (halal) kepunyaan orang Asia di sini. Banyak makanan halal di sini termasuk ayam, daging lembu dan kambing serta barang-barang aksesori untuk memasak menu Melayu/Asian. Kami beli serba sedikit buat bekalan di rumah anak-menantu nanti.

Hira Mart Halal Food.

Usai membeli-belah haruslah nak cari makan tengahari pulak. Di sini banyak kedai makan halal. Kami singgah di kedai KH Kebab House. Saya order mutton biryani dengan salad. Portion agak mewah dan terpaksa bungkus lebihan makanan bawak balik rumah agar tidak membazir. Jumlah belanja makan untuk 4 orang adalah ¥8800 (RM240).

Kebab House tapi tak ada kebab pun.

Green salad setambun.

Ayam tandoori setambun.

Puas hati penuh meja.

Usai makan kami beransur pulang ke rumah anak-menantu dengan menaiki bas dari Gyotoku Station turun terus depan rumah. 

Tunggu bas balik Myoden.

Kemudian kami meneruskan perjalanan (berjalan kaki) balik hotel sambil melihat-lihat keadaan perumahan di sekitar Jepun ini. Kebanyakan rumah mereka adalah berbentuk kotak dan ruang hanya cukup-cukup untuk hidup. Semua tanah digunakan dengan sebaik mungkin. No frills, kata orang kampung saya. Wayar-wayar elektrik pun berselirat dengan kedudukan yang rendah. Namun begitu semuanya nampak tersusun. 

Keadaan wayar sekitar kawasan perumahan.

Seperti semalam, selepas berehat di hotel hingga pukul 6:30pm kami keluar berjalan kaki ke rumah anak-menantu semula untuk masak makan malam. Kali ini kami cuma buat nasi kerabu instant. Saya cuma potong sayur/ulam. Anakanda masak nasi dan goreng keropok. Bahan/aksesori lain hanya perlu dipanaskan dalam microwave sahaja. Saya hanya makan nasi biryani dan salad yang ditapau tengahari tadi. Nasi kerabu, biar anak-menantu enjoy puas-puas.

Usai makan dan berehat sebentar kami berjalan kaki balik ke hotel semula. Begitulah rutin harian selama kami bermusafir di negara matahari terbit ini. Semoga terus sihat untuk hari-hari seterusnya. Aamiin.🌹

Sekian.😊

PS: Walau di mana pun berada makan tetap 3 kali sehari.😁

No comments:

Overnight @Impiana KLCC

Sabtu 13th Disember 2025 Semalam hubby ada program Home Coming apa ntah. Depa buat di Hotel Impiana KLCC. Saya malas nak tahu details. Bila...