Thursday, 11 December 2025

Autumn in Tokyo: Jalan-jalan Kamakura

Day 6: Khamis 4hb Disember 2025

Hari ini anak-menantu sewa kereta untuk bawa Ummi Ayah jalan-jalan keluar dari Tokyo. Destinasi: Kamakura. So by pukul 9:00 pagi depa dah menunggu depan hotel. Kami turun sedikit lambat kerana terpaksa mengemas luggage untuk di angkut ke rumah anakanda bila balik dari jalan-jalan nanti. Kami dapat booking bilik di Super Hotel ini untuk 6 malam sahaja. Malam seterusnya dah fully booked. Alhamdulillah anakanda bermurah hati mengajak kami bermalam di rumah mereka untuk (satu) malam terakhir. Walau berat hati (kerana terpaksa mengganggu privasi), kita layankan sahaja demi memudahkan urusan. 

Kami gerak dalam pukul 9:30am melalui jalan yang agak sesak dengan kenderaan berat. Kawasan Myoden merupakan kawasan perindustrian, maka tidak hairanlah kalau ada banyak lori dan tank keluar masuk.

Banyak lori dan kenderaan berat.

Asap dari kilang.

JFE… apa entah.

Apa-apa pun, kita enjoy sahaja sepanjang perjalanan.

Kami tiba di Kamakura selepas lebih satu jam perjalanan. Oleh kerana kami belum sarapan secara proper, haruslah kena isi perut sebelum apa-apa berlaku. Kami mencari kedai kebab halal. Di sini bayaran parking kereta sangat mahal dan berubah-ubah mengikut lot parking. Kena berhati-hati agar tidak terkena scam walaupun depa caj dengan mesin parking proper. Walaupun tiada palang dan penjaga, tetaplah semua orang membayar dengan berhemah.

Mesin parking.

Kami singgah makan di Kamakura Kebab Food, milik orang Iran. Depa jual chicken kebab dan beef kebab. Kami order kebab sandwich, kebab wrap, kebab rice dan kebab cup. Semuanya berasaskan daging (beef). Harga ¥1000 (RM27) tiap satu. Bila dah kenyang perut bolehlah meneruskan aktiviti yang telah dirancang.


Kebab wrap for makcik.

Usai makan kami jalan-jalan sekitar kawasan kedai dan melalui lorong kecil seakan Concubine Lane di Ipoh, Malaysia. Barang-barang jualan dan souvenir pun macam ala-ala sama. Makanan pun banyak tapi non-halal. Cuaca sangat cerah dan menyilaukan mata walaupun suhu agak sejuk sekitar 10 degree.

Buah disalut air gula.


One for the memori.

Cahaya matahari sangat silau.

One for the memory… again.

Kami meneruskan perjalanan ke Hokokuji Bamboo Forest. Parking di sini agak mudah dan free. So dapatlah kita bersantai lama-lama dalam kawasan taman yang cantik dengan pokok buluh. Ianya adalah Buddist Temple dan hutan buluh itu terletak di kawasan belakang temple. Masuk ke sini kena banyak berselawat kerana banyak terdapat kubur entah siapa punya. 

Pintu masuk ke dalam Temple.

Warna-warna autumn yang memukau.

One for the memory… yet again.

Depan bangunan temple.

One for the memory. Depan bangunan ritual depa.

Untuk masuk ke dalam kawasan pokok buluh belakang temple ini kena beli tiket/pass masuk. Depa caj ¥400 (RM11) seorang. Katanya bamboo forest, tapi tidaklah hutan buluh beriya. Kawasannya tidak luas tapi cukup untuk capture keindahan pokok buluh buat kenangan. Tetiba teringat kenangan semasa saya muda remaja di kampung dahulu. Saya selalu melepak dengan kawan-kawan sekampung bila cuti sekolah. Biasanya kami akan hampar tikar dan berkelah di bawah rimbunan pokok buluh tepi sungai. Kalau nasib baik dapat kutip rebung buat gulai. 

One for the memory dalam hutan buluh.


Agak pelik melihat pokok buluh tanpa anak-anaknya. Mungkin dijaga sebagai pokok hiasan. Kalau dah beranak mungkin tak cantik pulak. Entah lah.

Usai aktiviti di Bamboo Forest, kami meneruskan perjalanan ke tepi pantai pulak. Anak no-5 nak suruh Ummi ayah ambik gambar dengan train+langit+laut. Ayuhlah kita…

Ramai pengunjung menunggu ketibaan train. Kebanyakannya budak-budak muda, segan pulak makcik pakcik nak mencelah dalam cuaca panas yang menyilau.

Sepatutnya cuaca sangat terang tapi kita kurangkan exposure camera… matahari nampak macam bulan pulak.

One for the memory.

One for the memory. Done ambik gambar dengan train+langit+laut.

Aktiviti di Kamakura ini agak lama sehingga menghampiri waktu Maghrib. Kami mencari tempat solat namun tiada tempat yang boleh dijadikan surau. Akhirnya menantu saya bertanya di tempat/kaunter pertanyaan dan depa cadangkan tempat di satu kawasan sukan/gym. Depa bagi bilik kecil muat-muat untuk jemaah kami berempat dengan bayaran ¥160 untuk 30 minit. Ala-ala sewa tapak gitu. Alhamdulillah sempat solat jamak qasar Zohor & Asar.

Depa bagi bilik kecik untuk solat dalam dewan ini.

Sunset sebelum gerak balik Myoden.

Perjalanan balik ke Myoden mengambil masa lebih dua jam kerana jalan jam. Kami tiba di Myoden dalam pukul 6:30pm dan singgah di hotel untuk pick up luggage bawak pergi rumah anakanda. Kami tinggalkan hand luggage untuk keperluan satu malam sahaja sebelum check-out esok hari. Tiba di rumah anak-menantu saya buat daging masak kurma dan stir fry taugeh untuk makan malam. 

Usai makan kami berjalan kaki balik hotel dan berehat untuk hari esok pulak. Done perjalanan yang panjang hari ini. Semoga kekal sihat untuk hari seterusnya. Aamiin.🌹

Sekian.😊

PS: Pergi mana-mana pun, tetaplah makan 2-3 kali sehari.😁

No comments:

Overnight @Impiana KLCC

Sabtu 13th Disember 2025 Semalam hubby ada program Home Coming apa ntah. Depa buat di Hotel Impiana KLCC. Saya malas nak tahu details. Bila...