Day 2: Ahad, 30hb November 2025
Hari ini hari ke-2 kami di Tokyo. Perancangannya adalah untuk melawat Tokyo Station dan Imperial Palace. So, pepagi lagi anakanda dah tunggu di lobi hotel dan kami berjalan ke Myoden Train Station ambik Tozai Line dan turun di Otemachi Station. Kemudian kami berjalan kaki ke Tokyo Station. Cuaca hari ini sangat cerah dan agak panas dengan suhu mencecah 17°C.
 |
| Di stesen Myoden. |
 |
| Sesaja nak mengada dalam train. |
Kami tiba di Tokyo Station hampir pukul 12 tengahari. Cuaca semakin panas. Pengunjung pun sangat ramai.
Kami hanya melihat kawasan sambil menikmati keindahan senibina bangunan batu-bata merah yang tersergam indah.
 |
| Teruja melihat seni bina ceiling di Tokyo Station ini. |
 |
| One for the memory. |
Usai aktiviti di Tokyo Station kami berjalan kaki ke Imperial Palace menyusur jalan yang dihiasi pokok dengan dedaun yang menguning di kiri-kanan jalan. Sungguh cantik pemandangan. Dah haruslah banyak stop-over untuk bergambar.
 |
| Berhenti sarapan ringan sebentar. |
Plan asal nak melawat Imperial Palace terpaksa cancel sebab terlalu ramai orang. Katanya sebab hujung minggu maka semua orang ambik peluang bercuti dan bersiar-siar bersama keluarga.
 |
| Peta National Garden, kawasan luar Imperial Palace. |
 |
| Punya ramai pengunjung beratur hampir 500 meter. |
Kami patah balik dan keluar dari barisan dan bergerak ke destinasi seterusnya. Masih lagi bersemangat nak jalan-jalan dalam park melihat dedaun dimusim autumn. Lupa pulak apa nama park yang kami pergi. Kalau tak silap saya, kami masuk ke East Garden of Imperial Palace.
 |
| Berangan dua sejoli. |
 |
| Macam dalam hutan pokok getah musim kemarau di Malaysia pulak. |
Selepas penat berjalan, harus lah nak makan tengahari pulak. Sebaik keluar dari kawasan park, anak no-5 order Uber Taxi (pick-up tepi jalan) untuk ke Ginza. Bayar ¥900 selepas tolak diskaun dan kupon. Kami ke Restoran Rasa Malaysia yang terletak di tingkat 5, bangunan Ginza Morita.
 |
| Restoran Rasa Malaysia terletak di tingkat 5. |
Tempatnya agak padat dan meja pun penuh sebab lunch hour. Kami menunggu giliran selama 15 minit untuk dapat tempat duduk.
 |
| Mee rebus udang untuk makcik tapi tak berapa kena dengan selera. |
 |
| Dua cucuk sate ayam as complimentary, FOC. |
 |
| Sayur/salad juga sebagai side dish FOC. |
 |
Kuetiau goreng for hubby tapi saya yang habiskan.
|
 |
| Muka kenyang dan bahagia selepas makan menu Malaysia. |
Usai makan kami bergegas balik ke hotel untuk solat jamak qasar Zohor & Asar sebelum masuk waktu Maghrib pada pukul 4:30 petang/malam. Sempat berehat selama dua jam sebelum keluar berjalan kaki sejauh 7 minit ke rumah anak-menantu. Untuk makan malam hubby order nasi biryani dan nan via Uber Food. Usai makan kami patah balik ke hotel semula untuk sambung berehat.
Semoga terus sihat untuk hari-hari seterusnya. Aamiin.🌹
Sekian.😊
No comments:
Post a Comment