21hb November 2025
Setiap minggu akan ada satu atau dua hari saya akan menemani hubby buat kerja di kedai kopi. Kalau rajin saya akan buat sarapan di rumah dahulu sebelum keluar terutama kalau kedai kopi dalam Shopping Mall yang hanya akan dibuka mulai pukul 10 pagi.
Hari ini saya menemani hubby buat kerja di Coffee Beans & Tea Leaves, Alpha Angle, Wangsa Maju. Saya suka menemani hubby buat kerja di sini sebab kedainya bersebelahan (adjacent) dengan AEON Mall. So, masa hubby buat kerja kita curi masa pergi jalan-jalan (window) shopping dalam Mall. Tidak kosong, kita sentiasa ada reason untuk shopping. Dan kali ini kita beli sweatshirt untuk pakai naik flight ke Tokyo nanti.
Biasanya hubby akan buat kerja selama dua jam maksimum. Usai hubby buat kerja, kami akan cari lunch pulak. Kali ini kami ke Restoran Sari Ratu, Melawati untuk makan tengahari.
![]() |
| Nasi putih dengan gulai ikan merah for makcik. |
![]() |
| Hubby order jus alpukat sementara saya hanya ambik air mineral, kengkonon nak kurangkan pengambilan gula. |
![]() |
| Ini hanya gambar hiasan dinding. |
![]() |
| Padahal dah tibai Matcha ice-blended di Coffee Bean pagi tadi. |
"Ummi ni asyik berdating je..." Kita senyum sahaja mendengar komen dari anak-anak. Apa nak dikata, sekarang baru boleh recover balik waktu-waktu (berdating) yang hilang semasa sibuk dahulu. Kini dah masuk fasa pencen barulah dapat santai-santai berdua menuai hasil bekerja keras selama ini. Semoga Allah sentiasa kurniakan Sakinah, Mawaddah wa Rahmah dalam rumahtangga ini. Aamiin. 🌹
Sekian. 😊




No comments:
Post a Comment