Showing posts with label makan-makan.. Show all posts
Showing posts with label makan-makan.. Show all posts

Monday, 1 December 2025

Study @Coffee Beans & Lunch Nasi Padang

 21hb November 2025

Setiap minggu akan ada satu atau dua hari saya akan menemani hubby buat kerja di kedai kopi. Kalau rajin saya akan buat sarapan di rumah dahulu sebelum keluar terutama kalau kedai kopi dalam Shopping Mall yang hanya akan dibuka mulai pukul 10 pagi.

Hari ini saya menemani hubby buat kerja di Coffee Beans & Tea Leaves, Alpha Angle, Wangsa Maju. Saya suka menemani hubby buat kerja di sini sebab kedainya bersebelahan (adjacent) dengan AEON Mall. So, masa hubby buat kerja kita curi masa pergi jalan-jalan (window) shopping dalam Mall. Tidak kosong, kita sentiasa ada reason untuk shopping. Dan kali ini kita beli sweatshirt untuk pakai naik flight ke Tokyo nanti.

Biasanya hubby akan buat kerja selama dua jam maksimum. Usai hubby buat kerja, kami akan cari lunch pulak. Kali ini kami ke Restoran Sari Ratu, Melawati untuk makan tengahari.

Nasi putih dengan gulai ikan merah for makcik.

Hubby order jus alpukat sementara saya hanya ambik air mineral, kengkonon nak kurangkan pengambilan gula.

Ini hanya gambar hiasan dinding.

Padahal dah tibai Matcha ice-blended di Coffee Bean pagi tadi.

"Ummi ni asyik berdating je..." Kita senyum sahaja mendengar komen dari anak-anak. Apa nak dikata, sekarang baru boleh recover balik waktu-waktu (berdating) yang hilang semasa sibuk dahulu. Kini dah masuk fasa pencen barulah dapat santai-santai berdua menuai hasil bekerja keras selama ini. Semoga Allah sentiasa kurniakan Sakinah, Mawaddah wa Rahmah dalam rumahtangga ini. Aamiin. 🌹

Sekian. 😊

Thursday, 10 April 2025

Buffet Ramadhan @Hotel Tenera

Walau dah masuk bulan Syawal, rasanya belum terlambat untuk bercerita tentang buffet Ramadhan. Kami dipelawa oleh besan baru untuk sama-sama berbuka di Hotel Tenera, Bangi. Tarikh asal sepatutnya pada hujung minggu tapi dek kerana hujung minggu hubby agak penuh maka kami decide untuk beriftar pada hari Jumaat 7hb Mac 2025 selepas 6 hari umat Islam menyambut Ramadhan. Kami gerak dari Ampang selepasa Asar dan tiba di hotel dalam pukul 6:30 petang. Rezeki kami tidak tersangkut dalam traffic jam walaupun petang Jumaat. Alhamdulillah.

Tetamu semakin ramai.

Dengan pengantin & besan baru.

Meja 55.

Depa buat di Grand Ballroom dengan konsep Desa. (Serantau Desa). Tetamu sangat ramai, penuh meja dan meriah macam kenduri kahwin namun saya tak pasti jumlah sebenar. Macam-macam menu ada. Saya ambik kuetiaw goreng, kambing bakar, rojak Penang, buah, bubur dan teh tarik. Walaupun serba sikit tapi jenuh jugak nak peghabih. Ada pelbagai menu makanan desa yang lain tapi dek kekenyangan, kita ambik bau sahaja.

Full house dengan keluarga besan anak- beranak.

One for the memory.

Terima kasih kepada keluarga besan yang sudi belanja buffet Ramadhan untuk kami berdua. Semoga Allah ganjari dengan pahala berganda sempena bulan Ramadhan yang mulia dan di murahkan rezeki sentiasa. Aamiin.🌹

Sekian.😊

Thursday, 5 October 2023

Lunchdate @ Mama Mee Yah, Melawati Mall

Beberapa bulan yang lepas kami jalan-jalan di Melawati Mall dan singgah di tempat makan baru, Restoran Mama Mee Yah. Sebenarnya Melawati Mall ni dah jadi tempat saya dan hubby lepak-lepak sambil mengopi dan makan-makan. Anytime nak santai-santai kami akan ke sini sahaja. Lagipun tempatnya agak friendly untuk orang-orang pencen, dekat, mudah parking, kurang crowded dan paling penting banyak kedai makan. 

Seperti biasa, kena order pakai QR Code.

Comel pulak tempat letak condiments.

Hubby order mee berkuah. Lupa pulak apa nama menunya. Kuah ala-ala tomyam dengan telur tak masak sebagai hiasan. Except for telur, mee kuahnya sedap. Oleh kerana hubby tak gemar masakan telur begitu maka saya pun mencuba rasa. Telur separuh masak memang kegemaran saya, tapi kalau yang tak masak begitu macam hmm…kita kuis-kuis dulu dan tinggalkan tanpa sebarang komen.

Mee berkuah for hubby dengan kuning telur mentah.

Kita ceduk keluar telur kuning masih mentah.

Set nasi putih dengan seafood for makcik, juga dengan kuning telur yang mentah.

Saya tak pasti kenapa hidangan telurnya begitu, mungkin sebagai niche hidangan. Masa kami datang lagi ke Melawati Mall selepas itu, kedainya dah tiada. Tak pasti kenapa depa tutup, mungkin berpindah ke tempat lain. Apa-apa pun semoga perniagaan mereka terus berkembang maju.

Sekian. 😊

Teman Hubby Buat Health Check (sepatutnya)

Pada hari Khamis, 8hb Oktober 2026 , yang lepas saya buat appoinment untuk follow-up health check hubby. Rupa-rupanya dah setahun hubby miss...