Thursday, 5 October 2023

Lunchdate @ Mama Mee Yah, Melawati Mall

Beberapa bulan yang lepas kami jalan-jalan di Melawati Mall dan singgah di tempat makan baru, Restoran Mama Mee Yah. Sebenarnya Melawati Mall ni dah jadi tempat saya dan hubby lepak-lepak sambil mengopi dan makan-makan. Anytime nak santai-santai kami akan ke sini sahaja. Lagipun tempatnya agak friendly untuk orang-orang pencen, dekat, mudah parking, kurang crowded dan paling penting banyak kedai makan. 

Seperti biasa, kena order pakai QR Code.

Comel pulak tempat letak condiments.

Hubby order mee berkuah. Lupa pulak apa nama menunya. Kuah ala-ala tomyam dengan telur tak masak sebagai hiasan. Except for telur, mee kuahnya sedap. Oleh kerana hubby tak gemar masakan telur begitu maka saya pun mencuba rasa. Telur separuh masak memang kegemaran saya, tapi kalau yang tak masak begitu macam hmm…kita kuis-kuis dulu dan tinggalkan tanpa sebarang komen.

Mee berkuah for hubby dengan kuning telur mentah.

Kita ceduk keluar telur kuning masih mentah.

Set nasi putih dengan seafood for makcik, juga dengan kuning telur yang mentah.

Saya tak pasti kenapa hidangan telurnya begitu, mungkin sebagai niche hidangan. Masa kami datang lagi ke Melawati Mall selepas itu, kedainya dah tiada. Tak pasti kenapa depa tutup, mungkin berpindah ke tempat lain. Apa-apa pun semoga perniagaan mereka terus berkembang maju.

Sekian. 😊

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...