Wednesday, 11 October 2023

Setel loan rumah dan dapatkan geran hakmilik.

Dah lama hubby impikan kehidupan bebas hutang. Setakat ini kami tiada berhutang dengan sesiapa kecuali hutang bank untuk loan rumah dan kereta. So, bila dah mencapai umur layak mengeluarkan duit KWSP maka kami bersetuju untuk setelkan loan rumah. Masa beli rumah hari tu hubby ambil loan Public Bank (Islamic). Memandangkan dah menghampiri usia senja maka kami decide untuk bayar semua loan yang ada walaupun tempoh bayaran hingga umur 65 tahun.

"Kita bayar je semua, senang hidup bebas hutang." begitulah.

Maka sebaik sahaja mencapai umur 55 tahun (Disember 2022) iaitu umur pencen yang dah boleh keluar KWSP maka kami keluarkan duit dan bayar semua loan. (Guna duit hubby la... makcik mana mampu 😄) Masa nak bayar tu mudah sahaja. Kita hanya perlu pergi bank bawa S&P rumah dan kad pengenalan, bagitahu kata nak buat settlement. Mengkala kata nak buat bayaran, laju depa buat kerja. Depa akan bagi nombor akaun dan jumlah akhir yang perlu dibayar. Kemudian kita perlu ke kaunter pejabat KWSP terdekat, bagi kad pengenalan dan nombor akaun bank serta jumlah yang nak transfer. Depa setel buat transfer online dalam masa 2 hari. Laju betul masa nak buat bayaran. Lepas tu, tunggu je bank release dokumen untuk transfer hakmilik. 

Yang jadi masalah ialah bila nak transfer ownership. Masa dalam loan, rumah tu adalah milik bank. Bila dah habis bayar loan baru depa transfer jadi milik kita sepenuhnya. Nak dapatkan transfer hak milik tu yang makan masa. Banyak step-step nak kena ikut, padahal nak ambik harta sendiri je pun. Kami menunggu lebih dua bulan baru ada perkembangan. Bila kami ke bank untuk update perkembangan terkini depa suruh cari lawyer untuk setelkan semua benda. Lepas tu baru bank akan release dokumen kepada lawyer yang kita pilih untuk setelkan bagi pihak kita. 

Loan Department Public Bank, Tingkat 2.

Kami ambik lawyer yang bank sediakan sahaja, untuk memudahkan kerja, kata hubby. Malas nak cari lawyer yang lain. So kami terus ke pejabat lawyer yang disarankan oleh bank. Ofisnya pun tak jauh dari bank. Jalan kaki dalam lima minit dah sampai. Kami serahkan semua dokumen yang diperlukan serta bayaran penuh untuk kos pengurusan (RM1217.80). Tak pasti kenapa angka itu tidak digenapkan. 

Saya pun tak pasti dimana mudahnya. Dah lebih sebulan macam tak ada progres lagi. Beberapa kali saya call lawyer, beberapa kali juga depa bagi alasan yang bank belum release dokumen.

"Sekarang semua kena hold. You tau kan itu owner bank baru meninggal. Kena setel urusan keluarga dulu... so semua agreement kena hold kasi setel mereka punya urusan.." begitu kata puan lawyer, mengikut fahaman saya la. Entah betul entah tidak, saya pun tak pasti. Entah-entah ada reason lain. Apa-apa pun, kita teruskan bersabar.

Sementara itu kami uruskan pertukaran alamat pemilik dan pembayaran cukai tanah di Pejabat Tanah Gombak di Selayang. Oleh kerana hari itu hari Jumaat kami percaya pejabat akan ditutup pada pukul 12 tengahari. Maka bergegaslah kami bergerak dari Cheras terus ke Selayang dan tiba di sana dalam pukul 11.45 pagi. Rupa-rupanya depa tutup pagar pada pukul 11.30 pagi dan bukak semula pada pukul 3 petang. Apa nak di kata, kami cuma terlewat beberapa minit sahaja sebelum pagar ditutup. Maka berlalulah kami mencari makan, lepas tu hubby singgah solat Jumaat di Masjid berdekatan sementara saya lepak di Library Selayang yang terletak bersebelahan dengan Pejabat Tanah Gombak. Bila Pejabat Tanah dibuka semula pada pukul 3.00 petang, kami pun terus ke kaunter untuk urusan pembayaran. 

Isi borang dulu. Kena pilih borang yang betul.

Setelah disemak rupa-rupanya kami terlepas membayar cukai tanah sejak tahun 2016 lagi. Apa nak dikata, terpaksalah kita jelaskan bayaran yang tertunggak untuk tujuh tahun beserta fi lambat bayar. Begitulah…mudah-mudahan Allah gantikan dengan rezeki yang lebih baik. Lepas dapatkan resit bayaran, saya snap gambar dan terus hantar ke pejabat lawyer. Lepas tu tunggu je pihak lawyer setelkan urusan pertukaran hak milik. Akhirnya by hujung bulan Mac 2023, secara rasminya rumah kesayangan ini menjadi milik mutlak kami.  (Atas nama hubby la… saya tumpang seronok sahaja). His house my home… gitu.

Moga Allah sentiasa kurniakan kerukunan dalam rumah tangga ini. Amiin.

Sekian.😊

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...