Thursday, 5 October 2023

Belimbing madu di tepi laman

Masa dalam fasa PKP dua tahun lepas (tahun 2021), kehidupan saya memang banyak dalam kawasan rumah sahaja. Alhamdulillah dengan adanya laman sekangkang kera sebelah rumah dapatlah saya penuhi dengan tanaman sambil exercise mengeluarkan peluh. Dan beberapa lama juga saya dok berangan nak tanam belimbing tapi memandangkan dah tak cukup tempat maka kita pendamkan dulu hajat di hati. Kebetulan masing-masing kami laki-bini dah mula mengawal bacaan gula dalam darah, atas saranan Pakcik Google kami selalu ambik buah belimbing sebagai buah tambahan. Dan seharusnyalah makcik kembali excited menyambung hajat menanam pohon belimbing. Kebetulan masa tu semua orang semangat buat pembelian atas talian, makcik pun tidak ketinggalan. Ofkoslah anakanda yang uruskan. Semua urusan pembelian kita serahkan kepada anak nombor 4 dan 5 yang masih setia duduk bawah ketiak ummi ketika itu. Makcik cuma pilih dan bayar sahaja.

Kemain tinggi bungkusan dari J&T.

Batang terjulur panjang tu hasil proses mengetut gamaknya

Peneman setia sepanjang PKP, now dah arwah.😓


Lama saya termenung memikirkan tentang batang yang terjulur itu.

Esoknya saya terus memulakan proses pemindahan ke pasu yang sesuai. Saya letak di tempat teduh dahulu bagi memastikan daunnya tetap segar. Lepas sehari dua saya mula letak di tempat panas. Kalau cuaca terik saya akan angkat pasu dan letak di tempat teduh semula. Begitulah beberapa lama sehingga keluar pucuk dan tunas baru.

Saya pindah masuk dalam pasu buat sementara waktu.

Selepas beberapa bulan kemudian, saya pindahkan ke atas tanah di tepi pagar. Tapi pokoknya agak terbantut kerana terlindung dari cahaya matahari dek pokok mangga epal. Selepas saya ambik keputusan untuk tebang pokok mangga epal itu, pokok-pokok yang dulunya hidup segan mati tak mahu kembali berfotosintesis dengan galaknya.

Pohon belimbing dah muka mengembangkan dahannya.

Kini dah lebih setahun sejak saya pindahkan ke tepi pagar, pokok belimbing ini mendapat limpahan cahaya matahari yang mencukupi untuk tumbesaran. Mudah-mudahan tumbuh segar dan mengeluarkan hasil seperti yang didambakan. 

Sekian. 😊

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...