Monday, 2 October 2023

Jogging @ Taman Botani, KL lagi.

A few weeks ago kami berjogging lagi di Taman Tasik Perdana, sekarang Taman Botani Perdana. Tengah seronok berjogging, walaupun sebenarnya berjalan laju, saya singgah di pondok yang ada di taman tu. Nampak cantik pulak ala-ala astetik gitu. Maka, excited lah makcik nak berposing. Dan hubby pun melayan sambil berpesan,

“Dah tua ni, jangan galok sangat…”

Saya pun tak pasti di mana silapnya, usai bergambar tetiba sahaja badan rasa imbalance dan terus jatuh tersungkur atas jogging track. Alhamdulillah saya sempat menahan dengan tapak tangan bagi mengelakkan kecederaan muka. Maka berbekaslah luka di tapak tangan ini selama beberapa hari ditambah dengan luka dan lebam di lutut. 

“Itulah… orang dah pesan…” Walau dalam nada bergurau, saya percaya itu mungkin kafarah. Apa nak dikata, terpaksa padankan muka sendiri. Apa-apa pun jogging tetap diteruskan walau hanya dengan berjalan laju-laju dan banyak pulak pit stop untuk sambung bergambar. Terpaksalah hubby melayan mood isteri mithali yang dalam kesakitan.

Teringat kenangan tangga kayu di kampung masa dulu-dulu.


Sebenarnya saya baru tukar kasut jogging baru sebab yang lama dah tertanggal tapak. Mungkin itu jugak salah satu sebab saya rasa imbalance. Baru nak sesuaikan diri dengan kasut baru tetiba dah jatuh tersungkur. Haritu masa tengah sedap berjogging tetiba tapak kasut rosak dan lekang pulak. Terus teringat cerita dari filem Sepi tentang tapak kasut tanggal lepas tu dia ikat dengan getah rambut. Disebabkan tiada getah rambut kita buat kreativiti sendiri.

Ikat dengan tali kasut.

Dapatlah berjalan terjengket-jengket untuk sampai ke ‘garisan penamat’. Sayu pulak rasa hati mengenangkan kasut kesayangan yang telah banyak berjasa selama ini.

Apa-apa pun, selepas ini saya kena lebih berhati-hati dengan pergerakan badan yang dah semakin berusia ini, lebih-lebih lagi dengan tulang yang dah semakin rapuh. Moga Allah kekalkan kesihatan badan ini hingga akhir hayat.

Kisah jogging hingga tertanggal tapak kasut haritu boleh baca di sini.

https://umminina.blogspot.com/2023/02/jogging-taman-botani-perdana.html

Sekian.😊

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...