Sunday 17 March 2024

60 Days In UK: Makan-makan sebelum Ramadhan.

Sepanjang kami di London ada sahaja kawan-kawan dan sahabat hubby yang bermurah hati menjemput kami untuk makan bersama. Ada yang ajak ke rumah dan ada yang berjumpa-jumpaan di kedai makan.

Sabtu, 17 Februari 2024

Hari ke-17 kami di London kami menerima jemputan daripada sahabat hubby yang sama-sama bekerja di USIM dahulu. Rumahnya terletak di Edgware Road, dalam kawasan Colindale, di pinggir kota London. Kawasannya nampak agak tenang dan damai. 

Depa hidang nasi dengan kurma daging, ayam bakar, sayur dan sambal belacan. Alhamdulillah terubat rindu dengan sambal belacan Melayu. (Makcik tak ambik gambar sebab segan pulak dengan para ilmuan). Sahabat hubby ini sedang dalam Sabbatical leave daripada USIM. So kita duduk lepak-lepak sahaja sambil mendengar depa berborak tentang ilmu dan kerjaya.

Dengan tuan rumah yang baik hati.

Depan pintu masuk rumah di jalan utama (Edgware Road).

Rumahnya menghadap Beis Yaacov Primary School, sekolah Yahudi.

Edgware Road, jalan terpanjang di London, katanya.

*****************

Sabtu, 9hb Mac 2024

Hari ke-38 di London kami menerima jemputan lagi. Kali ini daripada sahabat hubby yang berasal dari Indonesia. Beliau menjadi pensyarah di Southampton University dan telah menetap di bumi UK lebih 10 tahun. Mereka sekeluarga tinggal di Birmingham dan bermurah hati turun ke London semata-mata untuk bersua muka dengan Prof walau perjalanan (driving) mengambil masa lebih dua jam. Kami berjanji temu di kedai Madura Kitchen yang menghidangkan menu Indonesia, terletak di Willesden Green, London

Madura Kitchen yang baru beroperasi sejak 6 bulan lepas.

Sahabat hubby suami isteri.

Sambil mendengar depa berborak tentang kerja dan kerjaya, saya nikmati nasi putih dan ikan keli goreng (pecel lele) yang sangat sedap dan rangup digandingkan dengan sambal belacan. Sedar tak sedar, licin sepinggan nasi. Alhamdulillah… makcik lapar rupanya.

Pecel lele for makcik.

******************

Ahad, 10hb Mac 2024

Hari ke-39 kami di London, kami menerima jemputan makan dari sahabat lama sejak dari zaman belajar di hujung tahun 80an lagi. Lepas habis belajar kami (saya dan hubby) balik ke tanah air sementara sahabat kami (sekeluarga) menetap di London hingga kini dan cuma berjumpa sekali sekala bila-bila ada peluang. Kali ini depa jemput kami makan tengahari di kedai Ayam Zaman, Shepherd’s Bush, London.

Years passed… tapi persahabatan masih tidak berubah.

Kebab halabi for makcik.

Rezeki penuh meja.

Us.

Alhamdulillah atas peluang yang diberikan. Bak kata hubby,

“Kita datang sini nak rileks-rileks je… kalau ada orang ajak berjumpa kita jumpa, kalau ada yang jemput makan kita makan… tak payah nak serius sangat buat kerja.” Begitulah. 

Semoga Allah kurniakan kemurahan rezeki kepada para sahabat yang belanja makan dan menyantuni kita dengan baik. Semoga kita juga diberi peluang membalas budi baik mereka. Amiin.

{Cerita jemputan lain boleh baca di sini dan sini}

Sekian.😊

No comments:

Jalan-jalan IKEA Cheras

Sejak balik dari UK rasa seronok pulak kalau boleh selalu berjalan (brisk walk). Oleh kerana cuaca agak panas kita cari tempat indoor pulak....