Thursday, 14 March 2024

60 Days in UK: Jalan-jalan Rugby

Sabtu, 24hb Februari 2024

Hari ini dah masuk hari ke-24 kami di sini. Diam tak diam dah lebih tiga minggu kami di perantauan. Anakanda pun dah balik ke tanah air maka tinggallah kami berdua-duaan meneruskan kehidupan. 

Sejak dari Malaysia lagi hubby dah peruntukan hujung minggu sebagai masa untuk bersiar-siar di luar kota London. Dan hujung minggu ini kami dah buat perancangan untuk ke Rugby menziarahi ex-student hubby masa di UIAM dahulu yang kini menjadi pensyarah dan menetap di UK.

Hubby beli Day Return Ticket dari London Euston terus ke Rugby Station secara online. Lupa pulak berapa harganya. Kita cuma perlu scan QR Code yang depa bagi (melalui hp) di pintu keluar masuk stesen. 

Tiket train.

Kami keluar rumah awal pagi dan tiba di sana dalam pukul 12 tengahari. Perjalanan mengambil masa lebih sejam.

Dalam train dari Euston (London) ke Rugby.

Sementara menunggu sahabat hubby tiba kita lihat-lihat dulu kawasan sekitar stesen Rugby. Cuaca agak nyaman dan cerah walau masih sejuk. Suhu dalam 8 degree.

Tak pernah jemu dengan ranting togel.

Cuaca yang cerah.

Tanda pasukan England menang ragbi di Jepun, 2019.

Kami dijemput dengan kereta terus ke rumah. Depa hidang nasi dagang Terengganu hasil tangan si suami yang berasal dari Terengganu dan laksa utara by the wife yang berasal dari Kedah. Alhamdulillah enak terasa hingga menjilat jari. Hingga hari ini kami belum merindui makanan Melayu lagi kerana mudah dijumpai di mana-mana. Kalau tidak di rumah rakan-taulan, kami akan makan di kedai Melayu/Malaysian atau masak menu ringkas di rumah.

Seperiuk kuah laksa dan gulai ikan tuna.

Laksa utara dan aksesorinya.

Nasi dagang Terengganu dengan gulai ikan tuna.

Laksa Utara.

Depa dah beli rumah 3 tingkat di Rugby dan buat renovation sendiri, secara DIY. Katanya agak mencabar jugak sebab owner asal meninggalkan rumah dalam keadaan yang kurang memuaskan. Depa terpaksa cuci dinding, sental bilik air (6 kali) basuh lantai dan cat semula bahagian dalam rumah. Suaminya adalah seorang bekas kontraktor dan pandai dalam selok-belok hiasan dalaman. Banyak peralatan dibeli dari IKEA dan depa pasang sendiri. Memang sangat menjimatkan. (Bila berada di rumah cantik begini haruslah makcik pun mula berangan. 😁)

Bersama tuan rumah dengan dapur yang cantik, pasang sendiri.

Depa juga suka bercucuk tanam dan menyewa satu plot tanah yang ada dalam komuniti perumahan mereka. Saya tak sempat nak melawat ke sana tapi sangat teruja dengan aktiviti kemasyarakatan di situ. Yang penting kita harus berbaik-baik dengan jiran setaman dan kawan-kawan senegara. 

Depa tanam pokok pisang dalam pasu dalam rumah.

One with the tuan rumah, depan rumah yang cantik.

Alhamdulillah. Seronok bersembang dengan tuan rumah yang baik hati dan peramah. Semoga Allah merahmati ukhuwah ini. Amiin.

Sekian.😊

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...