Saturday, 16 March 2024

60 Days In UK: Rumah Sewa 3

Setelah 17 hari di utara London, kami bergerak ke Selatan pulak. Kali ini kami berpindah ke kawasan berdekatan Heathrow Airport untuk dua minggu seterusnya. Hubby sewa kereta Uber XL untuk memudahkan pergerakan (beg dah beranak dua) dengan kos £68 (RM400)

Seperti sebelum ini, rumah ini juga mempunyai satu bilik tidur dan satu open kitchen dengan ruang tamu. Mula-mula melangkah masuk ke rumah ini, saya rasa pelik sebab realitinya tidak seperti yang digambarkan dalam iklan, semuanya berbeza daripada yang dipaparkan. Sepatutnya depa bagi Flat 1 di tingkat satu, bila sampai, kami dapat kunci ke Flat 2 di tingkat dua. (Depa bagi code untuk buka key box di sebelah pintu masuk rumah). Jenuh la makcik-pakcik memanjat tangga mengangkut 4 beg besar. (Hubby je yang angkut, saya cuma menyokong dari belakang). 😄 Namun kita terima sahaja dan bersangka baik dengan rezeki datang.

Sofa dua seater di ruang tamu plus satu armchair.

Ruang makan dengan TV dan peti sejuk.

Bilik air yang selesa dengan towel rail yang sentiasa panas.

Ruang dapur dengan peralatan memasak yang minimal plus mesin basuh+dryer. 

Bilik tidur agak cosy.

Abaikan barang-barang yang baru keluar beg.

Mula-mula masuk rumah agak sejuk walaupun heater dah siap terpasang. Selepas dua jam macam tiada perubahan, saya angkat tirai supaya tidak menghalang udara panas dari heater. Depa memang biasa letak heater tepi tingkap, so kalau tirai tingkap tu labuh memang akan menghalang heater daripada berfungsi dengan baik. Rumah-rumah sebelum ini pakai bidai boleh laras atau tirai yang pendek sahaja.

Setelah diselak tirai baru terasa haba panas dari heater di sebelah katil itu.

Satu hal yang menarik tentang rumah ini ialah semua lampu kecuali di bilik air menggunakan lampu chandelier. Dah lama saya berhajat untuk menukar lampu chandelier di rumah. Sementara ada peluang begini, kita try ambik mood dahulu. Tapi setelah menilik dan menilai selama dua minggu saya merasakan tiada keperluan ke arah itu. Selain menggunakan banyak mentol (kecil-kecil) proses penjagaan pun mungkin rumit. Ditambah pulak dengan faktor usia dengan tahap kerajinan yang makin menurun maka kita benamkan semua hajat yang terpendam itu dan nikmati sahaja apa yang ada dengan hati gumbira.

Chandelier dalam bilik tidur.

Chandelier di ruang tamu.

Saya juga suka memandang keluar jendela bila ada peluang. Sebelum ni tak sempat duduk-duduk tepi tingkap. Kalau sempat pun tiada pemandangan yang lepas. Jadi bila dapat peluang berehat di tepi jendela, kita nikmati kurniaan Allah yang datang tanpa dirancang ini. (Rezeki dapat duduk di tingkat 2 dengan pandangan yang lebih lepas).

Pemandangan dari bilik tidur.

Di suatu pagi yang nyaman.

Disuatu malam yang damai.

Diambang senja (dusk), 6hb Mac 2024.

Fajar (dawn), 7hb Mac 2024.

Bahagian ruang dapur/tamu rumah ini menghadap ke jalan utama dan agak sibuk terutama diwaktu pagi dan petang. Alhamdulillah keadaan tidak pernah sunyi dan saya juga dapat melepaskan pandangan keluar dengan selesa sambil melihat construction The Kew Bridge Rise Project yang sedang berjalan. Katanya depa nak buat lebih 400 buah rumah kediaman di situ dan bakal siap pada tahun 2026.

Bangunan dalam pembinaan dari kejauhan.
 
Junction yang agak sibuk diwaktu puncak terutama dengan budak sekolah. 

Rumah sewa ini juga berhadapan (seberang jalan) dengan sekolah Kew House School (bangunan warna oren). Sekolah ni private school katanya untuk orang have-have sahaja. So pada waktu pergi dan balik sekolah keadaan di junction tu akan sibuk dengan budak-budak sekolah. Saya jugak akan dapat melihat (bye-bye) hubby melintas jalan ke tempat kerja. Setiap pagi bila hubby pergi kerja saya akan menghantar hubby dari tingkap ruang tamu bersama satu perasaan halus yang sukar digambarkan. Kita bye-bye dari atas sahaja. Dah macam gadis pingitan pulak.

‘Smol’ je nampak hubby dari tingkap atas.☺

Bangunan rumah sewa kami dari jalan besar.

Back entrance. Jenuh jugak bila beli groceries. Sian hubby mengangkut naik tangga.

Rumah ini boleh masuk dari pintu depan dan belakang. Mana-mana pun tetap kena memanjat tangga hingga ke tingkat 2. Bolehlah meningkatkan pengaliran darah ke jantung. Mudah-mudahan kita kekal sihat menjelang kedatangan bulan Ramadhan yang mulia. Amiin.

{Cerita rumah sewa 2 boleh baca di sini}.

Sekian. 😊

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...