Saturday, 30 March 2024

60 Days in London: Southampton-Heathrow (Premier Inn lagi)

Jumaat, 29hb Mac 2024

Hari ini dah masuk hari ke-58 kami di UK dan hari terakhir kami di Southampton. Berbaki lagi dua hari di UK hubby decide untuk menginap di hotel berdekatan Heathrow Airport bagi memudahkan urusan balik ke Malaysia nanti. So selepas siap mengemas rumah sewa terakhir kami, hubby order kereta Uber XL untuk ke Southampton Coach Station. Kami beli tiket bas National Express terus ke Heathtrow Terminal 4.

Ada orang dah excited nak balik Malaysia.

Seperti biasa kita atur/susun beg sementara menunggu kereta sewa.

Alhamdulillah cuaca hari ini sangat terang seakan turut bahagia seiring dengan hati kami yang berbunga-bunga menanti masa untuk pulang ke tanah air tercinta. Kami ambik trip bas pukul 11.45 pagi dan tiba di destinasi dengan selamat. Sepanjang perjalanan (selama dua jam) saya seronok menikmati keindahan alam yang terang, tenang dan damai sambil snap beberapa keping gambar dari dalam (cermin tingkap) bas sebagai kenangan.

Kawasan padang, laluan kami setiap kali ke Southampton City Centre.

Junction tempat kami melintas untuk naik bas setiap kali keluar bersiar-siar.

Hentian bas di University of Southampton dengan kemudahan basikal untuk di sewa.

Bangunan University nun jauh di seberang tapak pembinaan.

Hentian bas express di Winchester.

Kami tiba di Terminal 4, Heathrow Airport pada pukul 1.45 petang, terus masuk ke departure hall sebagai laluan untuk ke hotel. Kebetulan di situ ada servis timbang bagasi, maka kita angkut semua beg yang ada untuk pastikan berat setiap beg tidak exceed limit sebelum final packing nanti. Alhamdulillah setakat ini semua beg masih dalam muatan yang dibenarkan.

“Boleh la kita tambah beli barang sikit lagi lagi esok lusa…” begitulah, selagi belum siap packing selagi itulah nak tambah muatan. Mudah-mudahan beg kami tidak beranak-pinak.

Sementara menunggu waktu check-in di hotel pukul 3:00 petang, kita duduk berehat di lobi dahulu. Pengunjung agak ramai hari ini dan masing-masing pun duduk menunggu dengan sabar.

Beg kena beratur lagi.

Kali ini kami dapat bilik di tingkat 7. Masuk sahaja dalam bilik terus terasa penatnya tubuh badan setelah seharian dalam perjalanan. Asal perancangan hendak berbuka di Central London pun kami tolak tepi. Baring dan berehat lebih penting.

Nampak run away dari tingkap bilik dengan jelas.

Sudut pantry dalam bilik.

Oleh kerana hari dah agak lewat dan badan pun dah penat, kami decide untuk berbuka di Costa Coffee yang terletak bersebelahan lobi hotel sahaja. Kita order sandwic dan air panas cukup buat iftar hari ke-19 Ramadhan. 

Done iftar hari ke-19 Ramadhan.

Semoga Allah menerima amalan dan ibadah puasa kita yang akan masuk ke fasa ketiga bermula malam ini. Amiin.

Sekian.😋

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...