Tuesday, 2 April 2024

60 Days In UK: Jalan-jalan Cari Buku & Iftar @Makan Kafe.

Sabtu, 30hb Mac 2024

Hari ini hari ke-59 kami di bumi bertuah ini. Kami tiada apa perancangan yang spesifik untuk hari ini melainkan nak keluar berbuka di Makan Kafe yang terletak di Portobello Street, London sambil bersiar-siar. Hubby ingin menyambung misi mencari buku di kedai buku Foyle di Tottenham Court Road, maka ayuhlah kita ke sana sementara menanti waktu berbuka puasa.

Cuaca sangat terang tapi masih lagi ada hawa sejuk. Kami keluar dari hotel dalam pukul 2:00 petang, terus ke Terminal 4 untuk naik train Elizabeth Line. Kemudian tukar ke Central Line di Ealing Broadway untuk ke Tottenham Court Road. Sepatutnya Elizabeth Line boleh terus ke Tottenham Court tapi untuk Easter Holidays ni depa stop sampai Paddington sahaja untuk engineering work (kerja-kerja baik pulih). Semua destinasi selepas Paddington ke East London di bekukan untuk hari ini.

Cuaca sangat baik.

Semasa kami tiba di kedai buku, pengunjung sangat ramai. Tak sangka masih ramai yang minat membaca (buku) secara fizikal walau semua ilmu/maklumat ada dihujung jari. Saya hanya shorlist beberapa buku yang mungkin boleh dibeli kemudian (atau secara online) sebab takut terlebih muatan beg untuk naik flight nanti.

Bacaan ringan.

Lean In... harus nak kena beli.

Shortlist buku hubby. Nak beli kemudian sebab agak berat, takut lebih muatan beg.

Usai menilik buku kami patah balik ke tube station Tottenham Court Road semula. Kebetulan ada pertunjukan The Butterfly Trail di Centre Point, bersebelahan tube station, maka kita singgah sebentar menikmati work of art yang ada. Saya dah pernah singgah sebelum ini dengan anakanda puteri, kali ini kita temankan hubby pulak.


The Butterfly trail.

Lepas dah puas melihat-lihat, kami ambik tube Northen Line dan tukar tube Bakerloo Line ke Paddington sambil berjalan-jalan menambahkan bilangan langkah. Kemudian kita ambik Hammersmith&City Line dan turun di Ladbroke Grove untuk berbuka di Makan Kafe.

Hiasan dalaman yang menarik.

Dah mula makan baru teringat nak snap gambar. Done Iftar 20 Ramadhan. 

Usai makan kami patah balik ke Paddington untuk naik train Elizabeth Line terus ke Terminal 4, Heathrow Airport. Kelam kabut jugak sebab ada gangguan perjalanan dek kerja-kerja penyelengaraan. Tapi kita selamba je berlari-lari anak kejar train. Terlupa sekejap yang diri dah dipenghujung usia. Kami tiba di hotel semula lewat malam dan menjadi penumpang terakhir dalam train. Tiba-tiba teringat cerita The Final Destination.😅

Train dah kosong.

Kita je ada... dah macam final destination pulak.

Makcik & pakcik pencen selpi wefi syok sendiri.

Langkah terakhir sebelum balik Malaysia.

Alhamdulillah setel urusan hari ini dengan jumlah langkah lebih 10k. Esok dah nak gerak balik Malaysia. Moga Allah mudahkan urusan seterusnya. Amiin.

Sekian. 😊

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...