Monday, 15 April 2024

Aidil Fitri 2024 (1445H) @Ukay Perdana

1 Syawal tahun ini jatuh pada hari Rabu, 10hb April 2024 selepas 29 hari rakyat Malaysia berpuasa. Pada petang sebelum pengumuman hari raya semua anak-menantu (kecuali anak no-5 yang masih di perantauan) pulang ke rumah untuk berbuka buat kali terakhir di bulan Ramadhan 1445H. Usai berbuka barulah saya kelam-kabut bersilat di dapur untuk penyediaan juadah hari raya. Kali ini saya hanya buat rendang daging, rebus nasi impit, ayam masak merah, acar jelatah dan nasi hujan panas dengan bantuan anak-menantu. Semua bahan asas telah saya sediakan lebih awal maka urusan masak-memasak menjadi lebih mudah. Alhamdulillah semua urusan memasak selesai dalam pukul 12.30 malam/pagi sebelum kami borak-borak di meja makan sehingga pukul 2.00 pagi.

Solat Aidil Fitri di Masjid Ukay Perdana.

Aktiviti utama selepas solat raya dan makan-makan haruslah berposing sakan. Oleh kerana saya masih lagi jet-lag ditambah lagi dengan tidak cukup tidur dek sibuk di dapur pada hari dan malam sebelumnya maka saya (macam zombie) cuma menurut sahaja aktiviti bergambar  sebelum sambung tidur semula (tak sedar diri) hingga ke petang.

Girls only... missing menantu no-4 dan anak no-5.

Nenek & Tok ayah with cucu- cucu.

Yang ada di pagi Aidil Fitri.

Boys only... missing anak no-4.

Sebelah petang giliran anak sulong dan anak no-3 beraya bersama mentua pula dan diganti dengan kehadiran anak no-4 bersama isteri. Seperti biasa kita buat acara wajib dulu dengan bergambar kenangan. 

Bersama anak no-4 dan menantu.

Last sebelum anak no-2 pulak balik ke rumah mentua.

Oleh kerana belum sempat bergambar berdua dipagi Aidil Fitri dek kalut dengan anak cucu (dan saya pun dah rupa zombie) maka kita tunda bergambar ke petang hari. 



Kata orang, raya is about family, maka walaupun tidak semua anak-anak dapat pulang beraya dalam satu masa, kita masih boleh gunakan teknology terkini untuk cipta kenangan... yang jauh kita dekatkan dan yang dekat kita rapatkan. 

Raya bersama sakura, katanya.

Setelah seharian sibuk beraya, tiba masa untuk semua anak-anak pulang ke tempat masing-masing. Oleh kerana ayahanda bermurah hati untuk menghantar anak no-2 ke airport untuk pulang ke rumah mentua di Pantai Timur maka ke KLIA pulaklah kita.

Bye... kita jumpa semula pada hari raya ketiga.

"Kosong dah rumah... last-last tinggal kita berdua je..." Komen hubby sebaik sahaja tiba di rumah semula. Barangkali merindui kemeriahan Aidil Fitri lagi. Menghampiri usia senja begini saya dah mula menerima kenyataan bahawasanya kita akan sendiri akhirnya. Begitulah kehidupan. Semoga Allah merahmati kita semua. Amiin.🌹

Sekian.😊

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...