Tuesday, 30 April 2024

Belimbing madu di halaman rindu

Walau banyak pokok yang dah nazak dan arwah selepas dua bulan ditinggalkan, masih ada yang sudi mekar subur mengeluarkan hasil untuk tuannya. Sebelum meninggalkan tanah air baru-baru ini saya dah siap berpesan agar mereka pandai menjaga diri dalam cuaca yang panas kering ini. 

Pokok belimbing yang makin galak membesar selepas ditinggalkan.

Buah sulong yang dah masak ranum semasa ketiadaan tuannya.

Buah sulong.

Mula-mula saya rasa pelik jugak bila buah belimbing boleh masak hingga ranum di pokok. Biasanya apa sahaja buah yang ada akan hilang sebelum masanya dek serangan Che’ Mon. Tapi kali ini buah belimbing itu kekal setia di pohonnya. Maka sempatlah saya petik dan potong untuk dua orang makcik-pakcik pencen.

Walaupun namanya belimbing madu tapi buahnya tidaklah semanis madu. Cukup rasa sedang-sedang sahaja. Mungkin sebab tanah yang kurang sesuai ataupun depa menjaga kesihatan tuan tanah yang sudah dihujung usia. Apa-apa pun kita terima sahaja rezeki yang Allah kurniakan. Mudah-mudaha pokok belimbing ini terus mengeluarkan hasil yang baik. Amiin. 

{Boleh baca cerita awal penanaman pokok belimbing ini di sini.}

Sekian.😊

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...