Thursday, 7 March 2024

60 Days in UK: Layan Anakanda Keliling London (Part 1)

Isnin, 5hb Februari 2024

Hari ini hari ke-5 kami di London. Kami masih lagi menginap di hotel Premier Inn, Paddington. Awal pagi lagi hubby dah ke SOAS, University of London untuk menyambung kerja-kerja yang tertangguh so saya dan anak bongsu dah buat planning sendiri. Sejak dari Malaysia lagi anakanda tu dah buat senarai tempat-tempat yang ingin dilawati. Ummi menurut sahaja memandangkan tiada benda lain yang perlu dibuat. Dah namanya on holiday so kita enjoy.

“Hari ni Nina nak gi muzium…”

Usai sarapan kami keluar dari hotel dan ambik tube di Edgware Road dan turun di South Kensington untuk ke Victoria & Albert Museum kemudian ke Natural History Museum yang terletak sebelah menyebelah sahaja. 

Kita sarapan dulu… (sebab ayah nak belanja).

Apa-apa pun, mirror selpi tetap acara wajib.

Kami tiba di Muzium Victoria & Albert ngam-ngam waktu depa nak mula beroperasi. Kiranya kami antara pengunjung pertama dan disambut dengan warm welcome. Oleh kerana pengunjung belum ramai dan tidak sesak dapatlah anakanda berposing sakan di serata kawasan dalam muzium, (bersemangat buat content untuk tik-tok dan IG, bukannya nak mengumpul maklumat tentang artifak dalam muzium itu. Sabar jelah kita mak-mak ni).๐Ÿ˜… Saya dah pernah datang ke sini bersama hubby dan anak nombor 4 yang minat Art & Architecture so kita cuma refresh memori sambil menyusur kembali jalan kenangan melihat apa yang ada.

Usai berposing sakan kami ke Natural History Museum pulak. Masa kami tiba pengunjung dah mula ramai dan agak sesak. Saya kurang berkenan untuk berlama-lama di sini kerana penuh dengan pelbagai binatang yang diawet dan dipamerkan dalam bekas kaca. Seram pulak bila tengok setiap jenis haiwan yang ada. Rasa macam depa tu masih bernyawa tapi terperangkap dalam jasad yang kaku. So kita layan anakanda bergambar sahaja. Haruslah nak capture gambar rangka dinosor yang besar gedabak itu. Makcik pun tak lepas peluang. Tapi kita ambik anak dinosor sahaja.

Comel jugak rangka anak dinosor kat belakang tu.

Saya sempat membaca beberapa cerita tentang artifak yang ada dalam muzium itu. Tapi kebanyakannya saya sekadar lalu sahaja tanpa save dalam memori. Malas nak berlama-lama di situ. Lagipun semua info ada di hujung jari. Kita google sahaja bila perlu.

Kemudian kami berjalan kaki ke Green Park untuk ke Buckingham Palace. Cuaca sangat sejuk dan berangin tapi kita gagahkan kaki untuk melangkah bagi menambahkan bilangan steps untuk hari ini. Pengunjung tetap ramai walau dalam cuaca sejuk begini. 

Tetap abadikan kenangan walau dalam cuaca suram.

“Kenapa spek nenek hitam?” Entahlah… ultra violet tinggi gamaknya.

Kami tidak berlama-lama kerana cuaca sejuk sudah terasa hingga ke tulang hitam. Ayuhlah kita balik hotel semula untuk berehat.

Rabu, 7hb Februari 2024

Hari ini hari ke-7 kami di London. Masa ini kami dah berpindah ke rumah sewa di Colliers Wood, South London. Seperti biasa, bila hubby ke SOAS, saya dan anakanda akan buat aktiviti sendiri.

“Hari ini Nina nak gi Borough Market dengan Tower Bridge…” 

Ayuhlah kita mulakan perjalanan seterusnya. Seperti sebelum ini, kami ke tempat yang dihajati hanya untuk buat/follow aktiviti viral kat tik-tok sahaja. Dan seharusnyalah kalau di Borough Market ini dimulakan dengan aktiviti memakan strawberi coklat seterusnya makan apple crumble (Humble Crumble) dengan custard yang over rated. Kita layankan sahaja dah alang-alang anak bongsu. Lepas ni dah takde siapa yang nak disibukkan lagi.

Coklat dengan strawberi yang sangat segar dan juicy, berharga £8,(hampir RM50) sebekas.

Humble crumble, Makcik merasa jugak walau sambil membebel.

Seronok jugak lepak-lepak dalam Borough Market ni sebab banyak gerai street food dari pelbagai negara. Kita hanya perlu pilih yang halal sahaja.



Ikan tuna besar gedabak.

Keju pelbagai rasa.

Usai aktiviti di market kami berjalan kaki ke kawasan Tower Bridge pulak. Pengunjung belum ramai so bolehlah anakanda berposing buat tik-tok live bagai kawasan itu dia yang punya. Cuaca sejuk kita tolak tepi.๐Ÿ˜

Selpi tetap selpi walau dalam cuaca yang tidak memberi kerjasama untuk mendapatkan gambar yang cantik.

Dipenghujung hari haruslah kita masuk mall pulak walau katanya hanya sekadar window shopping tapi tetap grab beberapa item yang berkenan di hati.

Window shopping, katanya.

Jumaat, 9hb Februari 2024

Hari ini hari ke-9 dan kita masih lagi meneruskan aktiviti dua beranak di bumi bertuah ini bila hubby ke SOAS, University oaf London.

“Nina nak gi Camden Market… lepas tu, ikut Ummilah nak gi mana…”

So, here we go again. Kami jalan kaki dari rumah ke tube station Colliers Wood, naik Northen Line terus ke Camden Town. Cuaca agak baik so kami boleh berjalan-jalan dengan senang hati. Oleh kerana kami tiba agak awal dan banyak kedai yang masih belum beroperasi kami singgah makan (late breakfast/early lunch) dulu.

Bangunan Camden Market.

Plan asal nak cari Fish and Chips, so bila terjumpa kedai halal kita terus order satu set berharga £10 (RM60) cukup untuk makan berdua. Rupa-rupanya tipah tertipu. Depa bagi lima keping fish fingers sahaja dengan selambak chips. Apa nak dikata, kita jamah sahaja rezeki di depan mata. Alhamdulillah, fish fingers sedap dan ikan kod terasa segar. 

Yusha Halal Food, di tingkat satu Camden Market.

Set fish & chips plus air mineral.

“Free for you…” Terkejut makcik bila tetiba tuan kedai tu hulur sepiring kuih berisi mini samosa dan cucur. Mungkin dia terdengar saya membebel pasal fish fingers maka dia bagi extra something as a compliment. Kita bersangka baik sahaja. Rezeki jangan ditolak.

Tambah sepiring kuih free.

Usai makan kami sambung berjalan-jalan di sekitar Camden Lock dan kawasan sekitarnya. Kebanyakan kedai di sini menjual barang-barang street, art and craft, baju dan lain-lain sesuai untuk orang-orang muda. Makcik hanya tengok-tengok ambik bau sahaja. 


Kawasan khas menjual makanan pelbagai menu serata dunia. 



Camden Lock.

One for the memori.

Alhamdulillah selesai aktiviti fasa 1 sebelum anakanda berangkat ke Belgium dan France. Balik dari sana nanti kita sambung aktiviti fasa 2 pulak. Semoga Allah bersama kita semua. Aamiin.

Sekian. ๐Ÿ˜Š

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...