Saturday, 23 March 2024

60 Days In UK: Queens Park Hotel & Iftar @Malaysia Hall

Khamis 21 Mac 2024

Hari ini hari ke-50 kami di bumi bertuah ini. Semalam hubby ada kerja di SOAS, University of London, so saya ikut menyibuk sekali. Dah alang-alang nak travel jauh-jauh dari Southampton ke London maka kita jimatkan masa dengan menyewa hotel dan stay over night di London pulak. Oleh kerana kami merancang untuk berbuka dan solat Terawih di Malaysia Hall maka kita cari hotel paling dekat dengan Malaysia Hall.

Kami gerak dari Southampton Central dengan train pada pukul 9:30 pagi dan tiba di stesen London Waterloo sebelum pukul 11 pagi. Kemudian ambik tube Jubilee Line ke Bond Street dan tukar Central Line ke Queensway dan tiba di hotel dalam pukul 11.45 pagi.

Kami booking The Queens Park Hotel yang betul-betul berseberang jalan dengan Malaysia Hall di Queenspark Terrace untuk satu malam. Daftar masuk sepatutnya pukul 3 petang tapi hubby minta early check-in dengan bayaran tambahan £25. Maka dapatlah isteri terchenta berehat di hotel sementara menunggu hubby buat kerja di SOAS.



Biliknya haluih sahaja. Muat katil queen dan almari satu pintu serta meja tepi. Kalau nak berselisih dua orang pun tak muat. Sabo je lah. Begitulah keadaan ekonomi bila berada di kota Metropolitan ini, semua benda kena berjimat cermat. Maka duduklah makcik berehat dalam bilik sementara menunggu waktu berbuka bertemankan wifi yang laju.

Katil saiz queen.

Ini sahaja ruangnya, muat untuk tidur sahaja.

Bilik air di sebelah katil, tapi sangat selesa dan memuaskan.

Usai kerja di SOAS, hubby sempat balik ke hotel untuk berehat sebentar sebelum keluar ke Malaysia Hall untuk berbuka. Sementara menunggu waktu berbuka pihak Malaysia Hall mengadakan program bacaan al Quran (setiap hari satu juzuk) dan sedikit tazkirah Ramadhan.

Tazkirah Ramadhan sebelum berbuka.

Pilihan nasi putih atau biryani sebagai menu berbuka.

Beratur untuk ambik kuih dan buat air panas.

Usai makan kita solat Isya' seterusnya solat terawih berjamaah 8 rakaat diselang-seli dengan selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW selepas setiap dua rakaat dan diakhiri dengan witir 3 rakaat. Alhamdulillah terubat rindu di tanah air. Usai solat kami singgah beli makanan bekal untuk bersahur esoknya. Kami hanya bersahur ala kadar seterusnya bersedia untuk check-out dan balik ke Southampton semula selepas peak hours.

Tiket train untuk perjalanan dari London ke Southampton.

Seat kosong dan lengang selepas peak hours. 

Alhamdulillah, kami tiba di Southampton dalam pukul 12 tengahari. Berehat sekejap sebelum nak masak untuk berbuka nanti. Semoga Allah kurniakan kebaikan dalam semua urusan kita. Amiin.

Sekian. 😊

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...