Thursday, 7 March 2024

60 Days in UK: Rumah Sewa 2

Tamat tempoh sewa rumah di South London kami berpindah ke North London pulak. Asalnya nak sambung booking untuk beberapa hari lagi tapi dah fully booked. Maka kami mencari next Airbnb yang masih affordable. Alhamdulillah kami dapat rumah satu bilik tidur di Wood Green, cukuplah untuk saya dan hubby menyambung kehidupan di Kota Metropolitan ini.

Dari South London kami naik kereta sewa (Uber XL). Depa caj £50 (RM300) untuk perjalanan lebih satu jam setengah. Seronok jugak mendengar hubby bersembang dengan pemandu Uber yang berasal dari Morocco. Katanya dia dah tinggal di UK sejak dari tahun 1988 lagi. Mempunyai sepasang  anak, seorang perempuan (28 tahun) dan seorang lelaki (25 tahun).

Kami sepatutnya check-in di rumah kedua ini pada pukul 3:00 petang tapi hubby mohon early check-in pada pukul 1:00 tengahari. Rumah ni rumah banglo dua tingkat tapi depa modified jadikan empat flat berasingan dengan satu pintu masuk utama. Melepasi pintu utama, baru ada pintu berasingan untuk setiap flat. Kami dapat flat 1 di tingkat bawah dan menghadap jalan utama. Bila tiba di property kami kena ambik kunci dari KeyNest di kedai berhampiran. Malangnya ada sedikit miscommunication. Semasa kami tiba, kunci rumah didapati tiada di situ menyebabkan kami terpaksa tinggalkan beg di luar rumah dahulu untuk mencari tempat berteduh dari kesejukan dan menyelesaikan masalah yang timbul.

Depan pintu utama.

Memandangkan hujan renyai-renyai, rasa cuak pulak nak tinggalkan beg di luar rumah begitu sahaja. Benarlah kita kena tawwakal tapi Nabi SAW pun tambat unta yang ditinggalkan, bukan main tinggal begitu sahaja. So, on second thought, memandangkan rumah tu ada empat flat, saya tekan sahaja loceng 2, 3 dan 4 dengan harapan ada tuan flat yang (ada di rumah) sudi bukakan pintu untuk kami letak beg di hallway. Alhamdulillah Allah hadirkan seorang insan mulia dari flat 3 yang bermurah hati bukakan pintu utama dan biarkan kami angkut beg dan susun depan pintu flat 1.

Kita atur beg depan pintu dulu.

Sementara menunggu kunci tersedia kami berjalan kaki mencari kedai untuk makan tengahari dan to keep warm sambil hubby menyelesaikan masalah yang berlaku.

Kita nikmati ayam goreng dan hot tea dahulu.

Akhirnya depa bagi code baru dan kami singgah semula di kedai runcit tadi untuk mendapatkan kunci seperti yang dijanjikan. Alhamdulillah, selesai masalah dan kami dapat masuk to a another cosy place dalam masa yang singkat sahaja. Depa bagi kunci untuk pintu utama serta kunci untuk pintu ke flat 1.

Segugus set kunci daripada KeyNest.

Rumahnya agak memuaskan, sama seperti dalam iklan. Satu hal yang saya paling suka tentang rumah ini adalah kemudahan di dapur yang lengkap dengan segala peralatan memasak daripada sekecil-kecil bahan seperti rempah ratus hingga ke lesung menumbuk. Melihatkan barang-barang yang tersimpan di rumah ini saya jangkakan tuan punya flat ini adalah seorang tukang jahit atau fesyen designer yang sedang bercuti atau bekerja di luar kawasan dan put up kediamannya buat sewa sementara depa tiada.

Bilik air yang selesa.

Bilik tidur yang cosy dan penuh dengan buku-buku tentang fesyen dan design.

Ruang dapur yang lengkap, juga penuh dengan barang-barang.

Ruang TV, juga penuh barang dan ditambah dengan barang-barang kami yang baru keluar beg.

Ruang rehat dan ruang makan.

Alhamdulillah rumah ini terletak di tepi jalan utama dan dekat dengan kedai halal dan convenient shops. Walaupun agak jauh dari tube station (10 minit perjalanan), cukup bagi menambah bilangan langkah (steps) dan membakar kalori setiap kali perjalanan. 

Setiap pagi saya akan melepaskan pandangan dari jendela bilik tidur yang mengadap jalan utama sambil melihat perubahan cuaca. Ada hari cuaca terang, ada hari yang gloomy dan hujan. Tingkapnya luas tapi saya hadkan ruang yang terbuka bagi menjaga aurat dari pandangan luar.

Tutup tingkap dengan bidai dan buka bila perlu sahaja.

Agak gloomy, sejuk dan berangin.

Masih gloomy dan sejuk.

Sedikit cerah tapi masih sejuk.

Saya suka tinggal di rumah ini walau ada kejadian yang tidak diingini berlaku semasa mula-mula masuk ke sini. Antara menu yang saya suka untuk sarapan adalah roti bakar (toast). Malangnya semasa saya baru nak hidupkan suiz toaster, tiba-tiba blackout. Alhamdulillah saya dah ada pengalaman tentang masalah ini. Maka saya buka fuse box dan periksa semua suis yang ada. Memang ada satu suis yang tripped. Bila saya cuba hidupkan toaster sekali lagi memang komfem kejadian yang berlaku adalah disebabkan oleh kerosakan pada toaster itu. Maka kita letak toaster ke tepi dan bakar roti mengguna oven grill sahaja. 

Kita proses fuse box tu menggunakan batang payung yang ada.

Toaster 'bertuah'.

Selepas 17 hari kami di sini tiba masa untuk kami berpindah lagi. Walau dah mula jatuh cinta dengan rumah ini kita cekalkan hati untuk berhijrah. Semoga ada kebaikan di tempat lain pula.

Beg dah siap bersusun untuk berpindah lagi.

{Cerita rumah sewa 1, boleh baca di sini}.

Semoga Allah merahmati perjalanan ini.. Aamiin.

Sekian.😊

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...