Thursday, 15 February 2024

60 Days In UK: Rumah Sewa 1

Dari Malaysia lagi hubby dah sibuk mencari rumah sewa untuk tiga bulan kami di London. Macam-macam website kami buka dan cari. Malangnya rumah sewa untuk short term agak terhad. Kalau ada pun harganya way beyond our budget. Lagi pendek jangka masa sewaan lagi mahal. Rata-rata mereka minta minimum enam bulan sewa. Walaubagaimanapun kami buat short list beberapa rumah yang agak reasonable. 

Untuk menyewa rumah (even short term), kita (penyewa) akan tertakluk kepada pelbagai rental law. Sebelum sign kontrak kita kena bayar sewa sebulan sebagai deposit plus service charge dan lain-lain handling charge. Deposit tu katanya returnable kalau kita tidak bersetuju dengan keadaan rumah masa mula-mula masuk. Namun begitu (based on reviews) kebarangkalian untuk mendapatkan balik amaun deposit tu mungkin hampir zero.😓 Dan sebagai tambahan bayaran sewa bulanan, kita juga kena bayar bil elektrik dan gas serta council tax sendiri. Banyak pulak kerenahnya bila kita jadi penyewa. Ada juga landlord yang minta kemukakan slip gaji dan penyata bank untuk 12 bulan sebagai bukti mampu bayar, mengalahkan nak buat loan pulak. Semua bayaran adalah secara online. Buntang je mata saya setiap kali melihat hubby hit button comfirm and pay kat laptop. Dah la exchange rate £1 dah melepasi RM6. 

“Kita buat house hopping lah… seronok jugak kalau tukar- tukar tempat tinggal sambil bercuti…”

Untuk plan B kami decide untuk sewa hotel dahulu sebaik tiba di London untuk beberapa hari sementara mencari rumah sewa yang sesuai. Hubby dah buat booking Hotel Premier Inn Heathrow untuk tiga malam sebelum berpindah ke Hotel Premier Inn Paddington (Central London) untuk dua malam lagi. Selepas lima malam berkampung di hotel kami mencari Airbnb supaya kehidupan lebih selesa. Memandangkan ada anakanda nombor lima yang menumpang datang bercuti untuk beberapa hari (sambil teman Ummi, katanya) maka kami cari rumah sewa Airbnb untuk dua bilik. Alhamdulillah kami dapat rumah dua tingkat yang agak selesa di Colliers Wood, South London dengan dua bilik tidur serta ruang dapur dan ruang tamu.

Bilik tidur 1.

Bilik tidur 2.

Bilik air yang selesa.

Ruang tamu lengkap dengan meja makan dan sitting area.

Ruang TV.

Ruang dapur lengkap dengan peralatan memasak, fridge, dish washer dan mesin basuh.

Rumah dua tingkat ni agak selesa (cosy & warm) dan fully furnised. Malangnya, menghampiri fasa warga emas ini saya agak berhati-hati dengan kesihatan lutut bila terpaksa turun naik tangga setiap hari. Lagipun bilik air di tingkat atas jadi agak cemas juga bila ada ketika terpaksa kalut-kalut untuk ke bilik air. Tangganya agak curam dan sempit dan berkarpet. Takut pulak kalau tersilap langkah.

Tangga yang agak curam.

Agak gayat di situ.😅

Kawasan perumahan ni agak sunyi dan tenang tapi agak jauh dari kedai dan tube station. Kami terpaksa berjalan kaki lebih 10 minit untuk mendapatkan kemudahan public transport utama di Kota London ini. Namun begitu, sebagai imbuhannya saya dapat menambahkan bilangan langkah (steps). Mudah-mudahan banyaklah bilangan kalori yang terbakar setiap hari. Dan setiap pagi juga saya dapat menikmati pemandangan yang tenang dari jendela bilik tidur. Ada hari yang terang, ada hari yang mendung dan hujan. So kita pilih yang cuaca cerah sahaja.

Pemandangan dari bilik tidur saya pada suatu pagi yang cerah.

Deretan rumah jiran depan.

Kami tinggal di sini selama lapan malam (5-13hb Februari 2024) sementara anak bongsu ada bersama. Selepas itu kami pindah ke rumah lain pulak. Walaupun dah terpaut hati dengan keadaan rumah yang cosy dan kecik molek ini kami terpaksa meneruskan langkah ke tempat lain pulak. 

Pelangi yang muncul di suatu petang yang damai.

Simpan satu buat kenangan di hadapan rumah.

Hidup perlu diteruskan… dan ada perkara yang perlu kita lepaskan dalam perjalanan. Semoga Allah sentiasa bersama kita di mana jua. Aamiin.

Sekian.😊

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...