Tuesday, 13 February 2024

60 Days In UK: KLIA-Heathrow-SOAS

Dah lama hubby berniat nak sambung buat research di SOAS, University of London. Sebagai isteri mithali, kita menyokong sahaja dari belakang. Padahal kita yang excited nak terbang.😁

Maka setelah berbincang dan merancang akhirnya pada hari yang ditetapkan (31hb Januari 2024) kami berangkat ke London dengan iringan (dan doa) anak-menantu-cucu yang ditinggalkan.😌

Full house.🥰

Kami ambik flight MAS (direct KLIA-Heathrow) berlepas pada pukul 11:30 malam. Alhamdulillah saya dapat rezeki duduk sebelah seat kosong. Dapatlah ruang untuk bernafas. Saya dah hubby duduk di kerusi isle dan dapat tidur dengan selesa sepanjang perjalanan selama 14 jam.

Ready untuk tidur sepanjang perjalanan.

1hb Februari 2024

By pukul 5:15 pagi waktu London kami selamat mendarat di Heathrow Airport Terminal 4. Usai urusan di imigresen (yang sangat laju) dan ambik bag kami singgah sarapan di Costa Coffee. Kemudian terus tarik bag ke Hotel Premier Inn sejauh 10 minit berjalan kaki. Hotel ini agak convenient sebab terletak di sebelah Heathrow Airport dan mempunyai laluan bertutup dan berbumbung yang selesa. Hubby dah buat booking online dari Malaysia lagi. Walaupun masih awal, depa benarkan kami simpan bag dahulu sebelum tiba waktu check-in pada pukul 3:00 petang nanti. Sementara menunggu waktu petang kami terus ke SOAS, University of London untuk urusan pendaftaran hubby. 

Sandwic udang & mayonais dan caffe latte for makcik.


Kami ambik tube Piccadilly Line, direct dari Heathtrow Terminal 4 ke Russel Square untuk ke SOAS. Tube adalah keretapi bawah tanah yang famous di Kota London. Sebelum itu haruslah beli Oyster Card, macam kad Touch n Go. Boleh beli di mesin sahaja. Harga kad £7 sekeping. Kami tambah caj top-up £50. Jumlah £57 seorang. Boleh bayar pakai kad bank, samada credit atau debit. Nak guna cash pun boleh. Hubby bayar pakai kad kredit. Oleh kerana Heathrow Airport terletak dalam zone 6 dan SOAS pula dalam zone 1, maka depa bagi cap £14 untuk sehari. Maksudnya, kita boleh travel anywhere dalam London, naik train, tube atau bas hingga maksimum harga £14, lepas tu free of charge. Jimat jugak la kalau kita memang kena travel merata-rata. Untuk hari pertama kami dah travel dari Heathrow-Russel Square-Wood Green-Willesden-Heathrow. Kalau ikut rate biasa, kos dah lebih £30 tapi boleh jimat dengan Oyster Card sebab depa caj max £14 sahaja untuk sehari.

Travel card macam Touch n Go.

Dalam tube dengan muka ngantuk.

Kami tiba di SOAS dalam pukul 11:00 pagi. Cuaca agak nyaman (8 degree) dalam cerah mentari tapi sejuk menggigil bila tiba-tiba angin bertiup agak kencang. Dah tua-tua ni makcik sangat berhati-hati dengan cuaca sejuk… takut terasa hingga ke tulang.

Setel staff card, dah boleh masuk bangunan Universiti bila-bila masa.

Depan Philip Building SOAS.

Makcik nak perasan jadi student sekejap.

Cantik pulak nampak stall tepi jalan ni. Tak pasti depa jual apa. 

By petang kami balik semula ke Heathrow untuk urusan check-in hotel. Sebelum itu kita singgah beli nasi di kedai Pakistan buat makan malam. (Tekak Melayu… mana maunya nak hidup tanpa makanan ruji). Harga £4.50 (RM27) untuk satu bekas, agak berbaloi dengan rasa dan harga. Setakat ini, setiap kali berbelanja saya masih buat conversion kepada Ringgit Malaysia. Saja nak merasa betapa peritnya keluar duit walau hubby yang menanggung semua perbelanjaan. Kita cuma buat drama.😌

Nasi pilau dengan kari ayam.

Itu adalah sudu kayu, bukan senduk.

Alhamdulillah selesai urusan hari pertama di London. Mudah-mudahan Allah lorongkan jalan yang lurus untuk hari-hari seterusnya. Aamiin.

Sekian. 😊

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...