Monday, 26 February 2024

60 Days In UK: LHR-Paddington & Sepanjang Jalan Kenangan

Ahad, 4hb Februari 2024

Hari ini dah masuk hari ke-4 kami di bumi asing ini. Selepas tiga malam di Hotel Premier Inn, Heathrow kami pindah ke Hotel Premier Inn di Paddington Basin pulak. Dari bilik hotel (Heathrow) kami keluar ke kawasan airport Terminal 4 dan tunggu Uber di kawasan Parking Level  1, Privare Hire Pickup. Di situ ada kawasan khas untuk menunggu kereta sewa tapi tiada tanda arah yang jelas so kami terpaksa mencari serata tempat. 

Mirror selpi di lif hotel. (Buat kenangan katanya)

Kami ambik Uber XL dengan kos £60 (RM360) dan ambik masa lebih satu jam untuk ke Paddington Basin. Dengan tiga beg (luggage) besar dan tiga beg hand carry, memang penuh bonet kereta walaupun bonnetnya saiz XL. Saya sengaja duduk seat membelakangkan driver, konon nak cari pengalaman. Memang mendapat la… tetiba terasa loya dan pening kepala. Ditambah pulak dengan drebar yang bawa kereta macam nak berlumba, sekejap brek, sekejap pecut, rasa macam nak terkeluar segala isi perut.

Excited dalam kereta sebelum pening nak muntah.

Tiba di hotel kami dapat peluang untuk check-in awal dengan bayaran tambahan £10. Masuk sahaja dalam bilik hotel saya terus rasa nak muntah. Setel muntah, saya ambik peluang berehat sebentar sebelum menyambung aktiviti seterusnya. Walau dah sarapan ala kadar sebelum naik Uber tadi tapi still rasa nak makan lagi terutama dalam cuaca agak sejuk begini (10 degree), so kita cari pastry pulak.

Sarapan @ Gail’s Bakery, Paddington.

Paddington Basin

Dari Paddington kami jalan-jalan ke Oxford  Street melihat kawasan dan cuci mata dalam Selfridge & Co dan Primark sebelum sambung berjalan lagi ke kawasan sekitarnya.

“Ummi tak nak beli apa-apa ke?” Haruslah tiada apa yang berkenan di jiwa. Kalau ada pun rasa macam tak kena gaya sebab kita cukup dengan apa yang ada sahaja.

Coklat pelbagai rasa dan rupa… kita tengok sahaja sambil mengira tahap kolestrol yang dah sedia ada dalam badan.😁

Kad sempena Valentine Day yang bakal tiba.

Kita ambik aura sahaja… dah tua-tua ni tak main ler kad-kad gini.

Seterusnya kami sambung jalan-jalan sekitar kawasan Marbe Arch.  Malangnya mercu tanda Marble ditutup untuk baik pulih. So kita tengok-tengok buat ghaso-ghaso sahaja. Walau cuaca agak sejuk hingga ke tulang tapi badan rasa segar dengan peningkatan langkah (steps) sejak keluar berjalan kaki awal pagi tadi. 


Sejuk banget.

Dari Marble Arch kami teruskan perjalanan hingga ke Bryanston Square. Hubby memang seorang yang sentiasa mengingati apa-apa sejarah yang dekat dihatinya. Memandangkan di sinilah bermulanya sejarah kami sebagai anak perantau yang menimba ilmu jauh dari kampung halaman maka setiap langkah perjalanan ke sini kekal teguh dalam ingatannya. Kalau saya, haruslah mengadap Google Map. Kalau tidak, dah sesat barat entah ke mana. 

Bryanston Square.

Nombor 44, Bryanston Square... tempat Malaysian Students berurusan suatu masa dahulu.

Dah penat berjalan haruslah nak isi perut pulak. Jomlah kita mencari makanan ruji orang Melayu asli. Kami ke Restoran Melur, milik orang Melayu di Edgware Road. Harganya boleh tahan dan portion hidangannya agak lumayan, so kami minta bungkuskan (tapau) makanan yang tak habis. Kami order set nasi lemak, nasi ayam dan nasi goreng. 

Late lunch @ Melur (milik Pak Awie) Edgware Road.


Depan pintu masuk restoran.

Dah kenyang perut, moh ler kita balik hotel semula. Dari Restoran Melur, kami hanya berjalan kaki (10 minit) untuk balik ke hotel. Oleh kerana masih jet-lag, by pukul 4:00 petang mata saya dah hampir pejam. Dan seperti hari-hari sebelumnya saya akan tidur sangat awal dan bangun semula dini hari. Lepas tu boleh sambung makan makanan yang ditapau tadi. Semoga Allah kurniakan kesihatan untuk hari-hari seterusnya. Aamiin.

Sekian. 😊

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...