Tuesday, 27 February 2024

60 Days In UK: Battersea Power Station, Covent Garden & London Central Mosque

Sabtu, 10hb Februari 2024

Hari ini dah masuk hari ke-10 kami di sini. Berkali-kali saya buat planning untuk makan roti canai di Roti King, Battersea sebab tertarik dengan review netizen. Lagipun tempat ini sangat dekat dengan rumah sewa kami di Colliers Wood dan juga sementara ada anak bongsu untuk menyibuk memeriahkan suasana. Akhirnya pada hari yang ditetapkan kami naik Northen Line tube dari Colliers Wood ke Kennington dan tukar tube ke Battersea Power Station

Mirror selpi dulu buat kenangan, katanya.

Kami tiba di Battersea Power Station sebelum pukul 10 pagi, agak awal dan kedai banyak yang belum di buka. So kita jalan-jalan melihat kawasan dahulu sambil mencari sarapan sementara menunggu kedai Roti King dibuka pada pukul 12:00 tengahari.

Bangunan Battersea Power Station.



Baru je nak order makanan tiba-tiba terdengar pengumuman supaya semua pengunjung keluar dari bangunan. Katanya depa terjumpa bungkusan yang tak dapat dikenal pasti. Macam cuak sangat pulak. Maka semua pengunjung berpusu-pusu keluar dan meninggalkan apa sahaja aktiviti yang sedang dilakukan. Malas pulak nak menunggu, kami ambik tube untuk ke tempat lain pulak. Maka tergendalalah segala perancangan untuk beroti canai di sini. Kami sambung perjalanan ke Somerset House. Tapi macam tak kena gaya pulak nak masuk makan di situ. Akhirnya kami pilih tempat untuk rakyat marhaen sahaja. Kami masuk kedai Pret a Manger dan pilih menu untuk vegetarian & non-meat eater.

Tuna sandwich dan pizza tomato and cheese. 

Cantik pulak art kat dinding kafe ini, padahal depa susun buah-buahan sahaja.

Usai makan kami jalan-jalan sekitar Covent Garden yang cantik dan unik, dan seperti biasa kita cuma melihat-lihat sambil cuci mata sahaja. Oleh kerana hari ini hari Sabtu, by pukul 11:00 pagi pengunjung dah mula ramai. 

Kawasan indoor Covent Garden yang unik dan cantik.


Hubby memang rajin selpi. Objek kuning di belakang itu adalah manusia biasa yang beraksi, bukan patung. 

Pengunjung dah mula ramai.

Setelah puas berlegar-legar di sekitar Covent Garden, kami ke London Central Mosque berdekatan dengan Regent’s Park untuk solat Zohor. Dah alang-alang, kami tunggu waktu Asar sekali. 

Sangat tenang bila dapat berlama-lama atas sejadah dalam Masjid begini.

One depan masjid.

Seharian berjalan, kaki pun dah lenguh. Langkah pun dah menghampiri 20k. Ayuhlah kita pulang.

Kennington… tempat untuk tukar line train balik rumah.

“Nanti ada masa kita cuba lagi. Kalau tidak pun kita cari roti canai kat tempat lain pulak…” Begitulah. Tetaplah kita berpegang kepada prinsip, kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan. Semoga Allah sentiasa mudahkan urusan kita semua. Aamiin.  

Sekian. 😊

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...