Monday, 11 March 2024

60 Days In UK: East London, Foyles, Solat Jumaat & Kebab.

Selasa, 27 Januari 2024

Hari ini hari ke-27 kami di sini. Hingga hari ini baru terasa keadaan agak selesa dengan rutin harian. Sejak dari Malaysia lagi hubby dah buat planning untuk buat kerja di SOAS, University of London selama tiga hari seminggu, berselang-seli dengan membawa isteri terchenta keluar bersiar-siar. Malangnya plan semua ke laut dek perkara yang mendatang tanpa dirancang. Hubby hanya dapat penuhi tuntutan kerja untuk dua hari seminggu sahaja. Selebihnya banyak masa dihabiskan dengan perkara lain.

"Takpe, kita memang nak bercuti pun. Kerja tu sambil-sambil je." begitulah. 

"Jom gi East London. Jalan-jalan dulu lepas tu nak makan kebab kat Al Farooq Kebabish." Sebagai isteri mithali kita menurut sahaja apa-apa perancangan seterusnya. East London merupakan tempat hubby belajar zaman buat Degree back in late 80's dahulu. Haruslah nak melawat tempat tumpahnya blood, sweat (and other liquid) dalam usaha mendapatkan sekeping ijazah untuk kegunaan di masa hadapan.

Maka pada hari yang telah dipersetujui kami keluar dari rumah awal pagi. Singgah di Paddington dan ambik tube Elizabeth Line terus ke Ilford, East London. Sebelum itu kami melalui stesen Manor Park, satu stop sebelum Ilford. (Banyak jugak kenangan di sini tapi kita simpan dulu).

Tinggal kenangan... snap dari dalam train sahaja.

Kami tiba di Ilford dalam pukul 11:30 pagi. Cuaca agak berangin. Datang sini terasa berada di tempat lain (bukan negeri omputih) sebab bila berselisih jalan dengan pengunjung rata-rata adalah non-white. Susah nak mencari pengunjung kulit putih. Kedai pun banyak yang dijaga oleh non-white. Tak pasti siapa owner sebenar.  Nampaknya kawasan East London ini seperti ditakluki oleh bangsa asing secara tidak formal sebab katanya ramai whites dah berhijrah ke tempat lain. Tapi yang bagusnya, di sini banyak kedai makanan halal.

Depan stesen Ilford.

Ilford ni terletak dalam kawasan Redbridge London Borough Council (macam Majlis Perbandaran). Walaupun dikelilingi bangunan moden, bangunan Majlis (Town Council) masih antik. Itu yang saya suka.

Redbridge Town Council untuk daftar kelahiran, sijil nikah kawin dsb.

Library and museum.

Deretan rumah kedai lama.

Depa dah siap tanam pokok-pokok sepanjang laluan untuk musim bunga nanti.

Kami hanya bersiar-siar sekitar kawasan bandar hingga ke kawasan perumahan tempat hubby tinggal masa zaman belajar dahulu sambil mengimbau kenangan dan cerita zaman muda remaja. Kebanyakan bangunan masih berkeadaan seperti dahulu. Walau dah lebih 35 tahun berlalu keadaannya tidak banyak berubah.

Rumah nombor 100, tempat tinggal pertama hubby di UK.

Dah penat berjalan, kami berhenti makan di salah satu kedai halal yang ada. Oleh kerana cuaca agak sejuk, usai makan kami masuk ke dalam Exchange Shopping Mall untuk mencari bilik air. Al-maklum la dalam cuaca sejuk begini bilik air adalah keperluan utama buat makcik-pakcik yang menghampiri usia emas.

Chicken and chips.

Dalam Exchange Shopping Mall.

Menjelang petang kaki pun dah lenguh, badan pun dah penat. Ayuhlah kita balik berehat dulu dan segala perancangan untuk mencari kebab Al Farooq Kebabish kita tunda ke masa lain pulak.

*******************************

Khamis, 29hb Februari 2024

Hari ini dah masuk hari ke-29 kami di London. Sekali lagi kami buat perancangan untuk ke East London mencari al Farooq Kebabish. Tapi sebelum itu hubby nak singgah ke kedai buku Foyles di Charing Cross Road yang terkenal sebagai kedai buku terbesar sejak zaman berzaman. 

Dalam pukul 10 pagi kami keluar dari rumah berjalan kaki ke tube station, naik tube dan turun di Tottenham Court Road. Seterusnya kami berjalan kaki lagi 5 minit ke kedai buku yang terletak tidak jauh dari tube station. Kedai bukunya memang besar siap ada kafe di tingkat atas.


Depan kedai buku.

Sarapan lagi di kafe walau dah makan sebelum turun dari rumah tadi.



Buku masa masa zaman belajar dulu pun masih wujud 

Dah puas melihat-lihat kami sambung perjalanan ke East London dan turun train di Stratford. Di sini juga terdapat shopping centre Westfield yang katanya terbesar di UK. So kita singgah cuci mata dahulu. Kebetulan pulak di luar hujan lebat maka hubby cadangkan kami cari tempat berehat sambil makan tengahari. Pusing punya pusing terjumpa pulak restosan Rasa Malaysia yang dipunyai oleh Puan Azlina yang sangat ramah datang berborak di meja kami. Katanya dah lebih 10 tahun berniaga di UK.

Kuetiaw goreng for makcik, murtabak for hubby.

Bersama tuan punya kedai, Puan Azlina.

Dan seperti sebelum ini, bila dah kenyang dan penat mulalah berasa hendak berehat. Maka misi mencari Al Farooq Kebabish di tunda lagi. Kebetulan pulak di luar masih hujan maka kita decide untuk balik dulu sambil mencari hikmah disebalik setiap kejadian.

**********************************

Jumaat, 8hb Mac 2024

Untuk kesekian kalinya kami merancang lagi untuk ke East London. Selagi tidak jejak kaki ke kedai Al Farooq Kebabish misi ke London seakan tidak sempurna. Maka saya dengan penuh kesabaran menurut sahaja segala perancangan yang telah disusun.

"Kita keluar pukul 10 pagi, singgah breakfast kat Waterloo lepas tu solat Jumaat di Central (Regent’s) Mosque lepas tu terus gerak ke East London." Begitulah. Kali ini kita pastikan betul-betul stick to the plan.

Salman bagel plus americano for hubby dan carrot cake plus hot chocolate for makcik.

Dari tingkat atas, dinding kaca... gayat pulak nampak manusia kat bawah tu.

Stesen Waterloo yang sangat sibuk.

Usai makan kami naik Bakerloo line ke Baker Street dan terus ke London Central Mosque untuk solat Jumaat. Kami tiba dalam pukul 11.45 pagi sedang elok dapat duduk dalam saf sebelum jemaah lain bepusu-pusu datang. By pukul 12.30 tengahari azan Zohor berkumandang, di sambung dengan khutbah dan solat Jumaat pada pukul 12.45pm. Alhamdulillah saya dapat merasa bersolat Jumaat di London Central Mosque yang membenarkan jemaah wanita untuk solat bersama. Suatu pengalaman yang amat berharga.

@Baker Street Station.

Dari Baker Street kami ambik Hammersmith & City line turun di Upton Park lepas tu naik bas no 58 dan turun di stop berdekatan kedai Al Farooq Kebabish, tidak dekat sangat pun sebenarnya, kami kena berjalan kaki selama 10 minit untuk sampai. Akhirnya berjaya juga memenuhi hajat hubby yang terpendam sekian lama... mission accomplished. Alhamdulillah.

Kebab for hubby. Saya ambik chicken and chips.

Eat in.

Kenyang perut suka hati.😁

Usai makan kami terus balik. Ambik bas ke Stratford, naik Jubilee line ke Waterloo sambung naik train ke Kew Bridge. Jalan kaki lima minit untuk sampai ke rumah. Alhamdulillah done 9000k steps. 

Semoga Allah sentiasa merahmati kita semua. Amiin.

Sekian.😊

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...