Sunday, 24 March 2024

60 Days In UK: Jalan-jalan Hounslow

Selasa, 5hb Mac 2024

Hari ini dah masuk hari ke-34 kami di London dan baru masuk hari keempat kami di rumah sewa ke-3. Rumah ini terletak di Chiswick (baca:Cisik) High Road dalam daerah London Borough of Hounslow, South West London. Oleh kerana kami masih baru di kawasan sini, kita explore dulu apa yang ada. First thing first haruslah cari kedai halal food dan groceries. 

Hasil carian dari Pakcik Google melalui halal food near me, depa cadangkan kedai-kedai di sekitar bandar terdekat dengan rumah ini iaitu Hounslow. Mudah sahaja nak ke sana sebab rumah sewa ini terletak di jalan utama, so, banyak bas. Kami naik bas #237 di hentian bas depan rumah dan turun depan kedai yang dicadangkan. Rupa-rupanya banyak lagi kedai halal dan kedai runcit lain di sepanjang Hounslow High Street.  So kita pilih yang berkenan di hati dan beli terus stok untuk beberapa hari. Dah jadi rutin, setiap kali pindah ke rumah sewa baru kami akan shopping groceries dan keperluan asas cukup buat bekalan sepanjang duduk menyewa. Sambil-sambil tu kita melihat-lihat kawasan sambil cuci mata.

Ada jugak buah-buahan exotic yang dijual di sini. Antaranya buah salak (snake fruit) berharga £1.29 (RM8) sebiji. Tiba-tiba teringat cucunda di tanah air yang sangat suka makan buah salak. Ada juga buah manggis berharga £1.99 (RM12) sebiji. Takde pasal nenek nak beli buah-buah tu kat sini. Tunggu musim buah balik Malaysia nanti kita beli dan makan sama-sama.

Macam-macam buah tanah air.

Sambil-sambil itu kami cari kedai makan halal untuk singgah berehat. Asalnya nak cari kedai kebab, makanan favourite hubby ever tapi tidak berjumpa. Akhirnya kami singgah di kedai Karak Chai. Hubby order roti paratha dengan mini samosa dan karak chai, sejenis teh tarik yang ada sedikit rasa masala.

Karak chai dengan roti prata dan samosa.

Dah jadi rutin makcik & pakcik pencen, bila berjalan ke mana-mana akan berhenti singgah berehat bila terjumpa kafe atau kedai makan yang berkenan di hati. Kadang-kadang tak makan pun, cukup sekadar minum kopi sambil melepaskan lelah.

Hiasan dalaman kedai yang simple.

Kita lepak minum, as always.

Usai minum dan membeli-belah ayuhlah kita pulang dan sambung berehat di rumah pulak. Lagipun nak kena familiarise dengan dapur induction kat rumah sewa ini pulak. 

{Boleh baca cerita tentang dapur ini di sini.}

Dalam perjalanan pulang banyak pulak burung merpati menjinakkan diri di tepi jalan. So kita nikmati dulu keindahan creature ciptaan Allah ini dan snap sekeping dua gambar. Nak pergi dekat-dekat, depa pakat terbang pulak, benarlah seperti kata-kata pujangga, jinak-jinak merpati, bila di dekat, ditangkap lari.

Merpati yang mendekat…

…tapi lari bila didekati.

Semoga Allah merahmati kehidupan kita di dunia dan akhirat. Amiin.

Sekian.😊

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...