Friday, 8 March 2024

60 Days In UK: Layan Anakanda Keliling London (Part 2)

Selasa  20hb Februari 2024

Hari ini dah masuk hari ke-20 kami di sini dan masih menyewa di rumah kedua. Anakanda baru balik dari Paris dua hari lepas so hari ini kita sambung ronda-ronda kotaraya. Oleh kerana hubby tiada urgency untuk keluar awal so kita take our own sweet time keluar sama-sama lepas peak hour. Dah alang-alang nak keluar sesama, hubby ajak anakanda melawat University of Londan sekali. Kami keluar berjalan kaki dari rumah ke tube station Seven Sisters dan tukar tube di Green Park dan turun di Russel Square untuk ke tempat kerja hubby di SOAS, University of London. Cuaca sejuk dan agak berkabus. Sementara ada anakanda, bolehlah Ummi & ayah feeling-feeling loving couple bergambar berdua.

Feeling-feeling masuk Universiti.

Masih lagi dalam kawasan Universiti.

Usai melawat kawasan Universiti hubby sambung kerja di ofis manakala saya dan anakanda menyambung aktiviti ronda-rondaan yang masih tertunda. 

“Ummi plan la nak gi mana lagi. Nina dah takde idea dah..." 

Oleh kerana saya suka melihat bangunan dan interior design yang unik/cantik jomlah kita melihat seni bina dalam Leadenhall Market. Katanya sebahagian pengambaran dari filem Harry Porter dibuat di sini. Based on dalam gambar memang nampak cantik, seronok jugak kalau dapat melihat dengan mata kepala sendiri. 

Kami tiba di sana agak awal dan pengunjung belum ramai. Selain dari interior yang cantik tiada apa yang menarik minat saya. Dia macam market berbumbung dengan bar dan kafe yang up-class, takut pulak nak meninjau-ninjau. Kami sekadar lalu sahaja, ambik gambar kenangan sekeping dua lepas tu duduk makan di luar. 

Hiasan dalamannya memang cantik.


Pintu masuk utama.

Kami jumpa kedai halal Baba Ganoush dan order Grilled chicken fagita. Lupa pulak berapa harganya. Maybe £13.99 (RM85). Tudia…punya la seram tengok harga. Saya order satu set sahaja dan berkongsi makan dengan anakanda, sharing is caring gitu. Walau hubby selalu pesan, kalau nak beli makanan jangan covert ke Ringgit Malaysia, takut kebulur, tapi tetaplah kita berjimat cermat sebab tahu peritnya nak dapatkan setiap sen.

Kita nak ambik gambar kedai, sibuk pulak che mek ni enter frame.


Satu portion yang besar…kami share dua orang pun tak habis.

Usai makan, kami sambung lagi perjalanan keliling kota. Destinasi seterusnya adalah di tepian sungai dan London Bridge sambil melayan anakanda bergambar IG dan buat video tik-tok. Kita layankan sahaja sambil mengimbau kenangan masa jiwa muda remaja dahulu. Sambil itu kita snap beberapa keping gambar untuk diri sendiri sebagai kenangan walau dalam cuaca yang masih kurang menarik.

London Eye dari London Bridge.

Big Ben dan London Bridge dari kejauhan.

Rekod dan kenangan mangsa covid-19.

Usai urusan di London Bridge kami melawat kawasan runtuhan St. Dunstan-in-the-East, sebuah gereja zaman dahulu, katanya antara hidden gems di London. Dekat sahaja dengan London Bridge, so kami hanya berjalan kaki. Kawasannya kecik sahaja, yang tinggal hanya dinding usang, nampak rustic dan sangat tenang. Ramai juga pengunjung lain yang datang. Kebanyakannya buat photoshoot. Kami cuma snap gambar sekeping dua sebelum bergerak ke tempat seterusnya.


“Nina tak nak gi Harrods ke?” Saja Ummi bertanya padahal dah tahu mana mau nye anakanda tu nak masuk kedai taraf Mak Datin begitu. Saya lagi la tak minat. So kita jalan-jalan sahaja dari Picadilly Circus hingga ke Oxford Circus dan singgah di mana-mana kedai yang berkenan di hati.

Regent Street.


Acara kemuncak untuk hari ini haruslah bershopping sakan. Dah alang-alang anakanda akan pulang ke tanah air dalam masa dua hari lagi maka dia beli terus souvenir untuk adik-beradik dan anak-anak saudara di tanah air. Untung anak-anak menakan, ada Ciksu kaya.😄

@Charing Cross Street berdekatan stesen Tottenham Court Road.

Dah puas cuci mata dan cuci poket, kaki pun dah lenguh sebab lawan berjalan dengan anak remaja, (terlupa sebentar diri sendiri dah tua), ayuhlah kita balik berehat. Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki sentiasa. Amiin.

{Cerita part 1 boleh baca di sini.}

Sekian.😊

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...