Tuesday, 12 March 2024

60 Days in UK: Jalan-jalan Wood Green

Ahad, 25hb Februari 2024

Hari ini dah masuk hari ke-25 kami di London dan dah masuk minggu kedua kami menyewa di rumah kedua ini. Kalau sepanjang minggu pertama kami menyewa di sini, kami sibuk dengan berjalan-jalan di Central London, minggu ini kita penuhi masa dengan berjalan-jalan sekitar kawasan rumah pulak. Kebetulan anakanda puteri pun dah pulang ke tanah air maka tinggallah Ummi dan ayah menikmati masa berdua-duaan.

Kawasan rumah ini terletak dalam kawasan North London dan tube station terdekat adalah stesen Seven Sisters yang mengambil masa 10 minit berjalan kaki dari rumah. Tapi sepanjang jalan dari rumah ke tube station agak dengan ramai orang (berselisih bahu) di kedai sepanjang jalah, pavement yang sempit dan tidak rata. Sebagai alternatif kami memilih untuk ke luar rumah ke arah bertentangan pulak. Walaupun agak jauh (20 minit berjalan kaki) tapi kami boleh naik bas di tempat menunggu bas depan rumah sahaja. Maka hari ini kita keluar rumah, lintas jalan dan naik bas menuju ke Turnpike Lane tube station dan berjalan kaki ke Wood Green Shopping Mall

Bangunan shopping mall yang unik.

Dalam mall ni macam ada dua bahagian. Satu bahagian shopping mall biasa, satu lagi Market Hall yang menjual barang-barang makanan dan barang basah tapi bukan pasar basah. Kawasan dia kering dan bersih sahaja.

Macam kedai jamu pulak.

Kedai daging halal.

Bahagian ayam yang dah siap dipotong.

Kami beli ayam, daging dan ikan, cukup buat stok masakan untuk beberapa hari. Kami tak boleh beli banyak dek kekangan transport. Kami hanya bawa dua beg bimbit sahaja. Lagipun saya cuma nak masak menu simple. Dah tinggal berdua ini masak pun tak perlu fancy sangat. 

“Kalau nak menu special, kita makan kat luar je…” Begitulah.

Singgah makan fish & chips dulu.

Depa pakai frozen fish (ready made) maka haruslah tidak menepati citarasa.

Hot chocolate… yummy.

Rupa-rupanya dalam Market Hall ni ada macam-macam kedai. Kalau tadi kami jumpa kedai jamu, sekarang terjumpa kedai Asian pulak. Pelbagai barangan tanah air ada di sini. Yang penting, jangan sesekali convert harga kepada RM. 

Segala paste dan perencah.

Petai jeruk pun ada.

Dah penat berjalan, ayuhlah kita pulang berehat. Dah mencapai umur hampir senja ini cukuplah langkah perjalanan untuk hari ini. Kita sambung esok pulak. Semoga Allah sentiasa merahmati kita semua. Amiin.

Sekian.😊

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...