Friday, 22 March 2024

60 Days In UK: Ramadhan al Mubarak & Menu Berbuka

Isnin 11hb Mac 2024

Hari ini hari ke-40 kami di London dan menjadi hari pertama bagi kami memulakan puasa Ramadhan 1445H di bumi UK. Sejak petang semalam kami menunggu pengumuman tarikh permulaan puasa dari London Central Mosque dengan penuh debaran. Sebaik sahaja Imam Masjidil Haram mengumumkan anak bulan kelihatan di langit Arab Saudi, pihak Kedutaan Malaysia di London mengeluarkan kenyataan bahawa rakyat Malaysia (di UK) akan mula berpuasa pada hari Isnin, 11hb Mac  2024.

Pengumuman daripada Malaysia Hicom.

Bila hanya tinggal berdua dan berpeluang berpuasa di perantauan, sangat terasa kelainanan menyambut Ramadhan. Kalau di Malaysia sebelum ini saya akan sibuk dengan persediaan membersih dan mengemas rumah, persediaan menu berbuka dan sahur dan sebagainya, kali ini saya dapat menyambut kedatangan bulan yang mulia ini dengan sangat tenang. Untuk sahur pertama saya cuma panaskan nasi lemak, left over siang tadi dan buat teh panas. Alhamdulillah cukup untuk memberi tenaga sepanjang hari hingga waktu berbuka.

Sahur dengan nasi lemak sambal udang, left over.

Untuk menu berbuka hari pertama, saya hanya masak nasi putih, ayam goreng kicap dan sayur campur serta bubur jagung simple sebagai dessert. Cukuplah buat makan berbuka makcik & pakcik pencen. Untuk sahur seterusnya saya cuma panaskan left over atau buat roti toast dan roti pita, menu paling simple cukup buat alas perut sementara menunggu waktu berbuka.

Iftar hari pertama.

Hari ke-2 saya masak keema kambing, daging goreng kunyit dan cendawan goreng campur serta goreng frozen samosa.

Iftar hari ke-2

Hari ke-3 hubby ajak berbuka di luar, dek kesian tengok isteri terchentanya penat memasak. Kami ke restoran Putera Puteri di Bayswater, London. Kami order nasi putih, masak lemak ikan siakap (sea bass), satay dan roti john. Rasa? Boleh lah buat mengenyangkan perut. Harga? Rasa macam tak berbaloi, (£59=RM360), walau kata hubby, jangan convert, kita degil, mengada nak convert jugak.

Iftar hari ke-3

Selepas 3 hari berpuasa saya demam. Dah macam budak-budak pulak, demam sebab penat berpuasa. Walaubagaimanapun makcik tetap masak untuk berbuka. Saya buat sup ayam dan bakar ayam percik menggunakan perencah ready made bawa dari Malaysia. Dah siap masak terus berbuka, tak sempat nak snap gambar. Maka tiadalah gambar menu berbuka hari ke-4.

Hari ke-5 kami sibuk berpindah rumah dari London ke Southampton. So kita berbuka ala-kadar sahaja dengan apa yang ada. Kebetulan semalam saya buat nasi impit, so kita potong dan cicah dengan sambal (serundeng) daging top up dengan mee segera. Tiba-tiba teringat zaman muda remaja di perantauan… mee segera sentiasa menjadi teman setia sepanjang jalan.

Iftar hari ke-5

Hari ke-6 saya terasa nak makan masak lemak ikan dan daging goreng kunyit. Tapi hubby bermurah hati belikan nasi biryani ikan dan samosa untuk berbuka maka saya tukar menu kepada kari daging. Kita tunda masak daging goreng kunyit di masa lain. 

Iftar hari ke-6 

Pada hari ke-7 kami keluar beli groceries dan saya sambung balik menu yang tertunda semalam. Kita masak lemak ikan kod masin (salted cod) dengan nenas, daging goreng kunyit, sayur campur stir fry dan sambal sardin.

Iftar hari ke-7

Begitulah cerita menu simple untuk berbuka pada minggu pertama Ramadhan makcik & pakcik di perantauan. Oleh kerana kurang masa dihabiskan untuk penyediaan juadah, bolehlah kita gunakan masa selebihnya untuk fokus kepada ibadah lain. Mudah-mudahan Ramadhan kali ini memberi lebih makna dalam kehidupan kita. Amiin.

Sekian. 😊

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...