Thursday, 21 March 2024

60 Days In UK: Induction Cooker & Central Heating

Sejak zaman berzaman makcik hanya menggunakan dapur gas dengan tong gas Petronas hijau itu. Sungguhlah gagah perkasa mengangkat/mengusung tong gas setiap kali bila gas habis. Bila tiba-tiba nak kena guna dapur induction memang sangat mencabar minda. Rumah sewa pertama sebelum ini menggunakan dapur gas, rumah kedua pula guna dapur elektrik, dan kali ini depa upgrade ke dapur induction pulak. Begitulah rezeki yang Allah susun. Kita terima sahaja apa yang di depan mata.

Kita tenung dulu macamana nak mula.

Bila tekan memana button asyik keluar ‘Lo’ warna merah tu.

Alhamdulillah ada Pakcik Google yang sudi melayan kita. Tapi jenuh jugak nak bertanya soalan yang betul untuk mendapatkan jawapan yang betul. Setelah berapa lama cuba-jaya tapi tak berjaya akhirnya saya tutup suiz utama (main suis) cooker. Saya biarkan selama seminit lepas tu buka suiz semula. Tapi masih ada blinking yang tak setel. 

Dari satu blink dah muncul tiga blinks.

Sebagai jalan terakhir, saya tutup suiz dan duduk diam-diam. Lepas 15 minit saya buka suiz utama dan suiz cooker semula. Alhamdulillah keluar sign seperti yang sepatutnya. Saya ikut arahan, dan testing dengan periuk berisi air paip. Dah alang-alang air menggelegak elok, saya campak je sebungkus mee segera, sedap dimakan dalam cuaca nan sejuk dingin.

Tanda H itu menandakan dapur masih hot (panas).

Esoknya kita cuba masak benda lain pulak. Alhamdulillah sekarang makcik dah pro menggunakan induction cooker. Memang jimat masa dan tenaga. Tetiba rasa teringin nak tukar dapur kat Malaysia pulak. Saya tak pasti jimat ke tidak berbanding pakai dapur gas. Itu nanti kita fikirkan kemudian. Sekarang ini kita berangan sahaja dulu.

Bila sentuh button ON selama 5 saat, dia akan keluar blinking pada semua stove.

Kita pilih (sentuh) mana stove yang kita nak, nanti dia jadi ‘zero’.

Lepas tu sentuh/touch button ‘plus’ untuk naikkan suhu.

Letak periuk/kuali yang (bontot/base) induction cooker friendly.

Bila dah siap masak, sentuh sahaja button ‘off’, nanti dia akan keluar huruf H menandakan dapur tu masih panas. Biarkan sahaja, nanti dia akan mati sendiri bila dapur tu dah cool down.

Begitulah cerita makcik yang baru keluar gua dan baru nak berjinak dengan teknology terkini. Sama juga halnya dengan heater (pemanas) kat rumah (ke-3) ini. Masa mula-mula masuk, rumah ni agak sejuk. Lama jugak nak set pemanas bertuah itu. Puas jugak saya cuba-jaya dengan central heating yang ada. Alhamdulillah, berkat kesabaran akhirnya berjaya juga kita panaskan rumah yang comel ini. Masa di rumah pertama dan kedua hari tu, tuan rumah dah panaskan rumah sebelum kami masuk (depa dah set kepada auto), so bila kami melangkah masuk rumah dah tersedia warm and cosy. 

Manual. Sign heater tu akan berkelip-kelip.

Sepatutnya 'auto'

Mudah-mudahan dengan ujian yang sedikit ini dapat meningkatkan kebergantungan diri ini hanya kepadaNya. Semoga kita semua digandakan dengan rezeki yang diberkati. Aamiin.

{Cerita rumah ke-3 boleh baca di sini}.

Sekian.😊

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...