Friday, 29 March 2024

60 Days In UK: Rumah Sewa 4

Jumaat, 15hb Mac 2024

Hari ini dah masuk hari ke-44 kami berada di bumi bertuah ini. Kalau ikut orang bersalin, masa ni dah habis tempoh berpantang dan dah boleh terbang ke mana-mana. Kebetulan pulak hari ini kami dah tamat tempoh menyewa di rumah sewa ke-3 maka hubby decide untuk berpindah jauh ke selatan England pulak. Kali ini kami menyewa di Southampton untuk dua minggu bagi menikmati ketenangan dan keindahan kawasan yang jauh dari kesibukan kota London. Sambil itu kita ambik peluang mengimbau kenangan lama semasa hubby sibuk menghabiskan program Masters & PHD di University Southampton back in late 90s.

Kami gerak dari Chiswick, London dalam pukul 10:00 pagi menaiki kereta sewa Uber XL dengan bayaran £56 (RM340) ke Heathrow Terminal 4. Dari sana kami naik bas National Express terus ke Southampton Central dan ambik teksi (£10) ke rumah sewa di Firtree Lodge, Court Road

Tunggu bas National Express di Terminal 4, Heathrow.

Tiba di stesen bas Southampton, kita susun beg lagi sementara menunggu teksi untuk ke rumah sewa pulak.

Kami tiba di rumah sewa hampir pukul 5 petang. Cukup masa untuk angkat barang (beg) ke flat kami di tingkat satu dan bersedia untuk berbuka puasa (hari ke-5) pada pukul 6:15 petang. Kami berbuka ala kadar sahaja sebelum keluar ke pasaraya berdekatan untuk membeli stok makanan dan groceries.

Pintu utama ke flat.

Buka pintu terus naik tangga ke tingkat atas.

Pintu masuk flat kami di tingkat 1.

Bilik tidur yang selesa.

Paling saya suka ialah ruang dapur dengan konsep island. Dah lama jugak saya berangan nak buat konsep dapur macam ni. Alhamdulillah dapat merasa suasana memasak selama dua minggu di dapur ber-island ini. Saya masak menu simple sahaja, cukup untuk dua orang makcik & pakcik pencen. Yang penting tak perlu nak mengangkut makanan ke meja makan di ruang makan. Siap masak je terus hidang dan makan di meja island itu. 

Island sebagai pemisah ruang dapur dan ruang rehat.

Ruang dapur.

Ruang rehat untuk dua orang makcik & pakcik pencen.

Feature wall dengan fire place.

Fire place ni pakai elektrik.

Pasang (on) sahaja suiz, keluar api fake.

Laluan ke bilik tidur.

Kita letak tempat sidai kain bila perlu.

Rumah sewa ni ada dua bilik air. Satu en-suite di bilik tidur lengkap dengan shower dan satu lagi (tanpa shower) di sebelah tepi dapur. Mudah jugak bila tetiba nak berebut jamban. Setakat ini belum pernah berlaku. So keadaan bilik air kedua ini sentiasa kering. Di sini juga depa letak mesin basuh (fully auto).

Boleh duduk atas toilet seat bila nak mendobi.

Typical makcik sidai kain tepi heater.

Rumah sewa ni berada dalam deretan rumah banglo dan rumah agam yang di renovate menjadi beberapa flat. So bila terasa hendak memandang keluar, yang nampak hanyalah bahagian rumah orang sebelah.

Pandangan dari ruang tamu. Di bawah tu ada laman.

Pandangan dari bilik tidur.

Hiasan tangga siap dengan fire extinguisher.

Satu hal yang saya suka rumah ini ialah bersih dan well maintained. Kawasan tangga pun kemas dan teratur. Setiap kali nak keluar berjalan, hubby akan setia menunggu di bawah depan muka pintu dengan sabar, almaklum la isteri mithalinya ini selalu lambat bersiap, dan banyak benda hendak di check sebelum keluar.

Setia menunggu isteri mithali di depan pintu dengan sabar.

Alhamdulillah kalau nak bagi ranking  rumah sewa yang ke-4 ini adalah pilihan nombor uno. Saya suka dengan design dan kelengkapan yang disediakan. Kalau diberi peluang mungkin saya memilih untuk ke sini lagi.

Mudah-mudahan kita sentiasa dilimpahi dengan rezeki yang barokah. Amiin.

{Cerita rumah sewa ke-3 boleh baca di sini}.

Sekian. 😊

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...