Monday 18 March 2024

60 Days in UK: Masak-masak ala Bujang

Bila hubby sebut-sebut ingin 'menukar angin di perantauan' benda pertama dalam kepala saya ialah tentang makan dan masak memasak. Knowing full well tentang tekak Melayu asli yang tak boleh lepas dari makanan ruji negara sendiri, benda pertama yang saya fikirkan ialah cari periuk nasi comel cukup untuk dua orang makcik & pakcik. 

Periuk nasi mini muat 3 pot beras.

Oleh kerana sudah lama meninggalkan bumi UK saya tak pasti what to expect. Maka saya bawa sekali stok bahan masakan segera dari Malaysia. Walau tak tahan dengan beberapa bahan pengawet dalam paket masakan itu, kita bertahan sekadarnya. (Makcik lebih suka menu home cooked walaupun hanya masakan simple cicah kicap). Selain itu saya bawa juga beberapa bungkus stok mee segera pelbagai rasa, sudu garpu dan senduk serta tupperware sebagai keperluan asas, juga beberapa paket minuman (three in one) sementara menunggu masa untuk masuk rumah proper nanti.

Perencah pelbagai rasa.

Awal-awal tiba di bumi bertuah ini, kami tinggal di hotel sahaja. Hubby banyak beli makanan luar (boleh tahan jugak harganya) bagi memudahkan kehidupan. Oleh kerana masih jet-lag, kami akan tidur dalam pukul 4-5 petang (local time) bersamaan pukul 12 malam-1 pagi waktu Malaysia. Lepas tu akan terjaga/bangun semula pada pukul 2-3 pagi (local time). Haruslah nak cari makanan bila perut memanggil-manggil minta diisi. Apa lagi, kita tuang sahaja air panas dalam mee segera. Siap.😄

Mamee Laksa kari... favourite ever.

Rebus telur buat stok.

Mamee asam laksa tambah telur rebus.

Bila dah berpindah ke rumah sewa, baru boleh masak memasak. Tapi masih tidak memasak beriya dek banyak masa dihabiskan di luar rumah. Bila pulang lewat hubby lebih suka beli take away daripada membiarkan isteri terchentanya penat di dapur. Lagipun sekarang dah ada perkhidmatan Uber Eats untuk beli makanan secara online so kami order sahaja apa-apa menu yang berkenan di hati. Lagipun di London sekarang sangat banyak pilihan makanan halal. (Kita pejam mata sahaja melihat kos yang datang, yang penting jangan convert kepada RM).

Spice Village, macam-macam menu ada, kita google sahaja dari Uber Eats.

Yang penting, bila berbelanja jangan convert kepada RM, takut kebulur nanti. Begitu pesan hubby.

Adakala kami menerima undangan sebagai tetamu, maka masak memasak boleh diabaikan. So pada hari-hari yang saya perlu masak, kita cuma buat menu yang mudah-mudah sahaja. 

Berikut adalah menu yang sempat saya rakam. Banyak yang dah selamat masuk perut tanpa sempat diambik gambar. Maklum la... makcik ni kadang-kadang pelupa. So kita simpan sahaja mana yang sempat, buat kenangan. 😁

Menu simple buat sarapan.

Tumbuk halia dan bawang putih untuk perap daging. Lepas tu tambah garam dan kunyit buat daging goreng kunyit.

Lesung comel. Boleh tambah koleksi bila balik Malaysia nanti.

Nasi goreng.

Asam pedas ikan red snapper.

Prep untuk masak kurma kambing.

Sepatutnya ayam percik tapi terkering pulak.

Setakat ini kami tiada masalah untuk buat aktiviti masak memasak sebab rumah semuanya fully furnished lengkap dengan peralatan memasak. Saya cuma beli satu kuali (pan) dan periuk kecil serta dua set pinggan mangkuk untuk kegunaan harian. Walaupun boleh sahaja menggunakan peralatan yang disediakan (selepas disamak) tapi seboleh mungkin hubby lebih suka saya memasak menggunakan barang-barang sendiri. 

Semoga Allah merahmati perantauan ini. Mudah-mudahan kita sentiasa dibawah perlindunganNya. Amiin.

Sekian.😊

No comments:

Jalan-jalan IKEA Cheras

Sejak balik dari UK rasa seronok pulak kalau boleh selalu berjalan (brisk walk). Oleh kerana cuaca agak panas kita cari tempat indoor pulak....