Thursday 7 March 2024

60 Days In UK: Big Ben & Central London

Sabtu, 3hb Februari 2024

Hari ini masuk hari ke-3 kami di sini. Kebetulan anakanda putri baru tiba semalam maka hari ini hubby dah buat planning untuk membawa anak dan isteri terchenta berjalan-jalan ke Central London. Walau tahu hari Sabtu hujung minggu adalah hari manusia keluar ke kota, kita menurut sahaja buat menambah sesak di Kota Metropolitan ini.

Mirror selpi dalam lif buat kenangan katanya.

Dari hotel di Heathrow kami ambik tube Elizabeth Line ke Paddington Station dan singgah di kiosk open air yang terletak di tengah-tengah stesen untuk sarapan. Saya cuma order caffe latte dan tuna baguette berkongsi dengan hubby sementara anakanda order hot chocolate dan croissant. Usai sarapan kami ke Trafalgar Square kemudian ke Marylebone seterusnya ke Westminster. Macam-macam perarakan yang ada di sepanjang perjalanan, menunjukkan kebebasan bersuara di UK. Kami juga menelusuri Downing Street hingga ke hujung jalan sambil mendengar hubby bercerita tentang politik, terutama bila kami melewati 10, Downing Street, tempat kediaman rasmi Perdana Menteri Britain. Di sepanjang jalan itu juga ada monumen yang menarik perhatian saya.

The Women of World War monumen  di hujung Downing Street.

Dari Westminster tube station kami berjalan kaki menuju ke kawasan Big Ben (jam besar) yang menjadi mercu tanda Kota London. Seperti yang dijangka, manusia sangat ramai dan semua orang nak bergambar kenangan dengan Big Ben. Suasana agak serabut dan kami terpaksa mencari port yang agak tenang bagi melegakan keadaan. 


London Eye.

Lepas dah puas bergambar kami meneruskan perjalanan ke Edgware Road mencari makanan halal. Di sini memang banyak kedai halal yang dimiliki oleh orang-orang Timur Tengah, India, Pakistan dan lain-lain. Kita cuma perlu pilih kedai dan menu sahaja. Kami order Fish and Chips dan burger ayam.

Tempat duduk agak selesa dalam train Elizabeth Line.

Oleh kerana hari ini baru hari ke-3 kami di London, kepala (otak) pun masih belum setel, by pukul 2 petang (Malaysia pukul 10 malam) saya dah mula mengantuk dek jet-lag maka ayuhlah kita balik ke hotel untuk berehat. By tengah malam nanti akan terbangun semula. Begitulah untuk beberapa hari seterusnya sehingga jasad dan jiwa boleh adapt dengan perubahan (perbezaan) masa antara UK dan Malaysia. Semoga Allah mudahkan segalanya. Aamiin.

Sekian. 😊

No comments:

Jalan-jalan IKEA Cheras

Sejak balik dari UK rasa seronok pulak kalau boleh selalu berjalan (brisk walk). Oleh kerana cuaca agak panas kita cari tempat indoor pulak....