Saturday 30 March 2024

60 Days In UK: Hyde Park & SOAS (last day)

Rabu, 27hb Mac 2024

Hari ini hari ke-56 kami di bumi bertuah ini. Kami tiba dari Southampton semalam dan menginap di hotel Central Park, London untuk urusan hubby di SOAS, University of London hari ini. Sebelum ke SOAS, kita ambik masa untuk leisure dahulu. Kebetulan ada matahari muncul di awal pagi maka pepagi lagi kami keluar bersiar-siar di Hyde Park yang terletak bersebelahan hotel tempat kami menginap. Walaupun cuaca terang tapi sejuk dan berangin. (So jangan tertipu dengan gambar yang cantik). 

Hyde Park yang cantik menawan.


Seronok melihat kawanan burung merpati yang jinak.



Tudung kelepet ditiup angin kencang pun takde hal.

One depan tasik yang tenang.

Kami hanya ada masa lebih kurang satu jam sahaja untuk menikmati ketenangan di Hyde Park sebelum cuaca mula mendung dan hujan mula turun dengan lebat. Tanpa berlengah kami patah balik ke hotel untuk check-out dan meneruskan perjalanan ke SOAS pulak.

Setelah hampir dua bulan berulang-alik buat kerja dan mencari bahan (material) di library, hari ini merupakan hari terakhir hubby berurusan di SOAS. Dan seperti hari pertama saya menemani hubby melapur diri, pada hari terakhir pun saya tetap setia di sisi. Tiba-tiba makcik terasa sebak apabila ingin keluar dari pintu utama bangunan dan meninggalkan kawasan SOAS. Tidak pasti kenapa, tapi seakan ada sekelumit ‘rasa’ yang tertinggal di sini. Apa-apa pun, hidup harus diteruskan, ayuhlah kita melangkah pulang.

Depan bangunan School of Oriental and African Studies (SOAS).

Di antara SOAS dan stesen tube Russel Square ada bangunan hotel Kimpton Fitzroy, London yang unik. Saya suka dengan rekabentuk bangunan hotel historical ini. Katanya ia hotel bertaraf 5 bintang. Beberapa kali melalui jalan ini beberapa kali juga saya akan berhenti dan menikmati keindahannya. Nak jenguk ke dalam memang di luar jangkauan, so kita berangan dari luar sahaja. Kali ini saya sempat snap beberapa keping gambar dan hubby pulak bermurah hati merakam gambar saya di hadapan bangunan.

Bangunan Kimpton Fitzroy, London.

Kita senyum je bila hubby nak ambikkan gambar, walau angin kuat mengkelepetkan tudung makcik.

By pukul 12:00 tengahari kami gerak ke London Waterloo train station dan beli tiket balik ke Southampton Central. Alhamdulillah kami tidak menunggu lama sebab dapat tiket untuk perjalanan pukul pada 1.05pm. 

Train bergerak tepat pukul 1.05 tengahari.

Kami tiba di Southampton semula dalam pukul 2:30 petang. Cukup masa untuk singgah beli bahan masakan (ala kadar) buat menu berbuka pada hari ke-17 Ramadhan.

{Cerita sebelum ini boleh baca di sini}.

Alhamdulillah selesai urusan hari ini. Semoga Allah mudahkan urusan seterusnya. Amiin.

Sekian. 😋

No comments:

Jalan-jalan IKEA Cheras

Sejak balik dari UK rasa seronok pulak kalau boleh selalu berjalan (brisk walk). Oleh kerana cuaca agak panas kita cari tempat indoor pulak....