Wednesday 8 November 2023

Umrah 2023: Jom ke Madinah dulu.

Sabtu, 21 Oktober 2023.

Usai solat Musafir kami terus gerak pada pukul 8 pagi dan tiba di KLIA dalam pukul 9 pagi dengan ditemani anak nombor 4 dan menantu. Sebelum ke lantai pelepasan kami singgah sarapan sandwic di O'Brien, KLIA Food Garden. Saya minum teh tarik buat pelepas rindu semasa di Tanah Suci nanti.

Beg dah siap beratur sejak semalam.

Usai sarapan kami ke Anjung Tinjau untuk taklimat dan serahan passport kemudian beratur untuk check in. Masing-masing kena check in sendiri di kaunter K. Agak lama jugak nak menunggu urusan check-in sebelum kami dapat berkumpul dengan anak-menantu, cucu-cucu dan besan yang datang untuk menghantar kami di airport.

Luggage dah siap tag.

Taklimat di Anjung Tinjau.

 Check-in di kaunter K.

Family yang datang meraikan permusafiran.

Selesai urusan check-in kami sempat makan ramai-ramai di McD KLIA (sebelum boikot). Lepas salam-salam pukul 12.15 tengahari kami bergerak turun ke pintu pelepasan untuk flight Saudi Air yang dijadualkan berlepas pada jam 1:30 petang. (Seperti biasa, tetiba pulak nak berdrama airmata)

Selepas scan passport dan cap jari kami terus ke pintu C3 untuk naik bas ke terminal. By pukul 12.45pm kami dah masuk untuk boarding.

Pukul 1:20 tengahari kapal terbang mula bergerak, dan entah kenapa hati saya mula rasa sebak. Baru nak layan emosi tetiba kapal terbang jadi pegun. Keadaan jadi senyap sunyi macam blackout, enjin kapal terbang pun berhenti dan keadaan dalam kapal terbang terasa berbahang tanpa hawa dingin. 5 minit kemudian Kapten buat pengumuman kata ada masalah power short dan kena push back to Gate 3 untuk repair. Pukul 1:30pm enjin dah boleh start, aircond on semula and will take off in 10-15 minutes. In the mean time depa hidang air oren dan kuih atas kesabaran menunggu. By pukul 2.30pm kami selamat berlepas dari KLIA dan di jangka tiba di Madinah pada pukul 6.15 petang.

Saya dapat tempat duduk tepi tingkap sebelah sayap kapal terbang. Alhamdulillah dapat tengok langit sebelum berlepas walaupun sudut pandang hanya separuh sahaja. Awalnya langit mendung. Lepas tu hujan. Suspense jugak bila nak terbang dalam hujan begitu. 

Awan mendung di luar jendela.

Sepatutnya berlepas pukul 1.30pm tapi lewat satu jam.

Tetiba hujan lebat masa nak berlepas.

Kami duduk di seat row untuk tiga orang tapi depa bagi kami duduk berdua sahaja. Alhamdulillah, keadaan menjadi lebih luas dan selesa. Sungguh, rezeki Allah datang dalam berbagai rupa. Selepas kapal terbang dah agak stabil saya ke bilik air untuk ambik wudhu dan bersolat jamak Zohor dan Asar (atas kerusi-tempat duduk) sebelum depa hidangkan makanan. Alhamdulillah saya makan dengan berselera. Lapar rupa-rupanya. Lepas tu saya hanya tidur, bangun, tidur, bangun sepanjang perjalanan. Sejam sebelum mendarat depa hidangkan pastri dan kek pulak.

Nasi putih dengan daging goreng kunyit.

Pastri, kek dan teh panas.

Sebaik sahaja memasuki  langit Madinah dah nampak lembayung senja dari tingkap kapal terbang. Entah kenapa saya suka melihat matahari yang jatuh perlahan-lahan, menjadi garisan dan hilang.

Lembayung senja dari jendela.

Detik-detik akhir cahaya matahari menjadi garisan dan menghilang.

Nampak lampu-lampu airport disebalik sayap kapal terbang.

Kami selamat mendarat di Airport Madinah pada pukul 6:15 malam waktu Madinah. Usai ambik beg, saya singgah di bilik air dulu sebelum terkejar-kejar naik bas yang dah lama menunggu untuk ke hotel.


Kami tiba di hotel Movenpick sebelum azan Isyak dan terus ke dewan makan untuk makan malam. Sambil makan, pihak TH Travel mengagihkan kunci bilik sambil menolong mana-mana jemaah yang perlukan simkad baru untuk kegunaan di Saudi. Saya tak perlukan simkad baru sebab dah beli Data Roaming dari Malaysia lagi.  Sebelum naik ke bilik hotel, kami serahkan passport kepada Mutawwif untuk disimpan di tempat selamat.

Nasi dengan rendang daging rasa Indon.

Usai urusan kami terus masuk bilik di tingkat 5 untuk membersihkan diri, solat jamak Maghrib Isyak kemudian berehat bagi mengumpul tenaga untuk hari-hari seterusnya. 

Tingkat 5.

Bilik yang selesa.

Sinki di bilik air.

Shower.

Pantry.

Pantry lengkap dengan peti ais, cooker dan sinki.

Kami tak bawa banyak barang dari Malaysia. Hubby dah limitkan satu luggage dan satu hand carry setiap seorang. So saya sumbat pakaian untuk 10 hari persalinan, keperluan peribadi serta dan ubat-ubatan yang perlu sahaja. Semoga Allah sentiasa mudahkan urusan di dunia untuk kebaikan di akhirat nanti. 

Cerita sebelum ini.

Sekian.😊

No comments:

Open house selagi Syawal (Part 2)

“Mas, free tak harini? Jom teman Kak Zai pergi beraya.” Bila ada teman seperjuangan ajak beraya, haruslah kita terima dengan tangan terbuka....