Sebaik sahaja dapat kelulusan visa entry ke Arab Saudi, saya terus search pasal Nusuk, apps untuk kegunaan semasa di Madinah dan Mekah nanti. Tapi first thing first harus kena make sure ada line internet masa kat sana. So kita search pulak macamana nak dapatkan line internet di sana. Ada beberapa cara yang Pakcik Google cadangkan.
- Beli sim card sebaik sahaja tiba di sana. (Pihak TH akan uruskan hal ini sebaik sahaja kita tiba di hotel Madinah).
- Beli pakej khas untuk Umrah dari Celcom (saya memang pakai line Celcom)
- Buat buat roaming.
Setelah habis study semua pilihan yang ada, saya pilih yang paling mudah untuk diri sendiri. Saya ambik Celcom Roaming Pass. Macamana nak subscribe? Oleh kerana saya memang guna Celcom Prepaid, maka kita search sahaja key word ‘subscribe roaming celcom prepaid’, lepas tu ikut sahaja arahan yang diberi.
Sebelum tu kita pastikan baki dalam handphone mencukupi (top-up dulu secukupnya). Saya pilih option 30-Day Unlimited Internet Pass, RM98 untuk sebulan. Cukuplah untuk kegunaan selama 10 hari di sana nanti.
Lama betul saya buat pilihan al maklumlah makcik ni tak berapa pandai bab-bab internet. Takut tersalah tekan lain pulak jadinya. So kita sangat berhati-hati dalam segala hal.
Bila dah setel bab memastikan ada line internet di sana barulah kita download dan register apps Nusuk. Seperti biasa, kita google sahaja. Yang penting, mesti ada nombor Visa dan nombor passport. Saya rujuk cara nak register di sini. Terimakasih kepada tuan punya posting asal, semoga Allah merahmati mereka dan mengurniakan sebaik-baik ganjaran kepada pihak Salsabila Aflah Tours & Travel.
Seronok pulak jadi murid baru belajar benda-benda maya ini. Sebelum ini semua urusan maya ini saya serahkan kepada anak-anak, tapi bila semua dah terbang, terpaksalah kita jadi budak baru belajar semula.
Sehari sebelum berlepas pihak TH suruh buat booking untuk masuk ke Raudhah dan Umrah melalui Apps Nusuk yang kita dah download hari tu. Depa bagi tarikh dan masa untuk jemaah pergi bersama dalam satu kumpulan. Kita hanya perlu ikut arahan dalam apps sahaja.
Apps Nusuk dah siap register atas nama kita. |
Slot Raudhah booked. |
Alhamdulillah selesai urusan pendaftaran dan kerja-kerja online. Mudah-mudahan Allah sentiasa kurniakan kesihatan minda dan badan yang cergas untuk urusan seterusnya.
Sekian.😊
No comments:
Post a Comment