Saturday 26 May 2018

Tebang pokok tanam pokok

Sejak beberapa kali berulang alik ke Perlis saya mula faham kenapa pokok mangga nan sebatang ini tidak mahu berbuah. Masa awal-awal beli dulu memang orang kedai tu dah bagi tahu yang pokok ni adalah spesis mangga Siam. Maka ianya hanya sesuai dengan cuaca kat Siam. Tapi saya cuba juga tanam kat belakang rumah. Alhamdulillah pokoknya subur dan sempat berbuah sekali sebanyak lima biji..... itu pun share makan dengan cik tupai. Lepas tu dah tak berbuah dah. Hingga kini bayang bunga pun takde. Nampaknya hanya galak mengeluarkan pucuk baru dan daun yang merimbun hingga menghalang cahaya matahari ke kawasan tanaman herba saya. Kesian pokok-pokok herba tu dah pakat jadi arwah akibat tidak dapat berfotosintesis. 

Sekali lagi saya mencari orang untuk menebang pokok. Setelah bulat tekad saya untuk berpisah dengan pokok tu saya pun membuat temu janji dengan tokey tebang pokok. Seperti sebelum ini tunggu punya tunggu, orang yang ditunggu tak kunjung tiba. Beriya berjanji nak datang sekian-sekian siap nak bawa lori sekali untuk buang dahan-dahan yang bakal ditebang tu. Tup-tup batang hidung pun tak nampak. Tak faham lah perangai manusia yang tak berpegang pada janji ni. Melayu pulak tu..... tu yang lagi sedih.

Sebelum

"Belum sampai ajal lagi pokok tu nak terkorban. Biar jelah dia hidup....."

Akhirnya saya panggil je pakcik yang biasa potong rumput kat laman saya tu untuk cantas sahaja mana-mana dahan yang perlu dibuang. Bukan setakat dia potong dahan-dahan tu, siap angkut pi buang lagi. Lepas tu potong rumput dan buang pulak rumput-rumput tu. 

Selepas 
(Abaikan model yang macho itu.)

Pakcik ni tak pernah tetapkan bayaran. Selalunya dia suruh saya bayar seikhlas hati. Tu yang menjadi masalah besar pada saya. Berapa nak bayar? Biasanya pakcik ni akan datang potong rumput saya sebulan sekali. Saya bayar RM100 setiap kali habis kerja. Kalau ada kerja-kerja tambahan seperti cuci longkang saya tambah RM150. Tapi disebabkan dia dah penat-penat usung dahan-dahan pokok tu pi lempaq buang maka saya tambah jadi RM300. Lagipun dia bawa kawan sorang untuk tolong dia angkut dahan-dahan tu. So boleh lah depa share rezeki yang ada. Hihi..... rupa-rupanya setakat itu je ikhlas saya....

Saya memang suka melihat pokok-pokok tumbuh segar di halaman rindu saya. Sejak akhir-akhir ni galak pulak pokok pisang sepit udang ni berbunga/berbuah. Saspen jugak sebab pokok ni menarik minat lebah. Mudah-mudahan takde la depa dok bina sarang kat kawasan rumah ni.


Sejak musim hujan ni pokok pandan pun merimbun jugak. Biasanya saya hiris daun pandan dan tabur dalam laci untuk mengurangkan haiwan lipas. Kalau nak mengurangkan bau minyak semasa menggoreng boleh juga letak hirisan kasar semasa menggoreng makanan.


Aroma ayam pandan.....

Sejak bulan posa ni banyak pulak masa nak menjengok ke halaman rindu ni. Seperti biasa banyak la juga angan-angan baru yang datang bertandang. Lepas ni nak pi cari pokok-pokok herba baru untuk mengganti herba-herba yang dah jadi arwah tu.


PS: Mood berkebun sentiasa datang tak kira masa.....

No comments:

Ganti hose paip air (bidet spray)

Hari ini kita sambung kerja-kerja di bilik air pulak. Kebetulan hubby ajak keluar lunch di Melawati Mall, ayuhlah kita singgah beli barang d...