Friday 4 May 2018

Nina cuti 19 April- 1 Mei 2018

Sejak jadi budak maktab ni Nina asyik cuti je. Bila dicongak nampak banyak pulak cutinya. Kali ni kebetulan MRSM Beseri jadi tuan rumah untuk program Perkhemahan Pandu Puteri dan Jambori Pengakap selama 4 hari lepas tu sambung pulak dengan cuti berganti selama 4 hari, tambah cuti hujung minggu, tambah lagi dengan cuti Hari Pekerja menjadikan jumlahnya 11 hari. Maka banyaklah kami (saya dan Nina) buat planning bagi memenuhi masa cuti yang datang sekali sekala itu. Banyak jugak la planning yang tak dapat 'approval' daripada big boss. Tapi takpe, asalkan bersama anak-anak saya boleh je berpada dengan apa yang ada. Dah alang-alang susah nak berkumpul depa semua adik-beradik maka saya hanya boleh buat yang terbaik dengan mana-mana anak-anak yang kebetulan dapat balik cuti bersama.

19 April (Khamis)
Jam 5 petang saya bertolak ke KL Sentral. Oleh kerana Hubby ada meeting hingga lewat petang, dia cadangkan saya naik LRT. Saya dah plan nak naik Grab je. Malas nak berebut-rebut naik LRT. Nak drive masuk KL sorang-sorang petang-petang hari lagi la tidak pernah termasuk dalam agenda saya. Alhamdulillah bujangku dapat balik teman Umi pi ambik adik, maka saya hanya perlu seat back and relax.....


Kami tiba agak awal. Sementara menunggu ETS dari Padang Besar kami pi pekena Burger King dulu. Orang agak ramai masa peak hours ni. Alhamdulillah nampak kebanyakan pengunjung KL Sentral ni mempunyai budaya sivik yang tinggi, mengikut disiplin dan berbudi bahasa. 

Belanja driver makan dulu.....
Ramainya manusia time balik kerja.


Alhamdulillah ETS selamat tiba walaupun sedikit lewat. Lepas tu kami terus balik. Terpaksa singgah solat Maghrib dulu sebab takut sangkut dalam traffic jam. Lepas tu beli dinner sebab dah sah-sah tak sempat nak balik masak.

20 April (Jumaat)
Kebetulan Iman balik malam tadi maka hari ini kita berNandos@Jusco Keramat. Nina dah buat list of cravings untuk dipenuhi sepanjang cuti ini. Umi yang baik hati ni layankan aje. Sambil-sambil tu nak cari baju untuk pi Majlis Dinner dengan hubby nanti. Malam pi jenjalan kat KLCC pulak. Mentang-mentang hubby takde kat rumah senang hati je ajak anak menantu bershopping.


Layan budak gedik....

21 April (Sabtu)
Hari ni Hubby dah plan nak pi visit bujangku kat Matrikulasi, Tangkak. Saja nak pi bagi semangat sebab minggu depan dia dah nak final exam. Hubby memang make a point untuk jumpa anak-anak sebelum depa pi exam. Walau di manapun mereka berada hubby akan tetap luangkan masa untuk jumpa. Sambil makan-makan dan sembang-sembang. 

@Kantin Matrik
On the way balik kami singgah Nilai. Stop over untuk salin pakaian sebab malam tu ada Majlis Dinner Usim di Le Meridian Putrajaya.

24 April (Selasa)
Pagi-pagi lagi kami ikut Hubby pi meeting kat Bangsar. Masa Hubby sibuk meeting kami pi melilau kat Bangsar Village. Mula-mula pi cari breakfast. Lepas tu ambik Grab pi NU Sentral. Saja perasan muda jenjalan window shopping every floor NU Sentral. Dah lama saya tinggalkan era window shopping begitu. Kalau zaman muda dulu saya akan pi window shopping bila tengah stress study nak exam. Duduk rumah bujang takde apa nak buat kat rumah. Sejak dah tua ni saya banyak release stress melalui alam. Tanam pokok, main ngan kucing, kemas rumah, memasak dan sebagainya. 


Lepas hubby habis meeting kami terus ke Nilai sebab Nina nak reunion dengan kawan-kawan sekolah DCnya. Kebetulan Iman pun datang sekali so malam tu kami berkampung di Nilai ramai-ramai. 

25 April (Rabu)
Kami bertolak balik Ampang dalam pukul 2 petang. Kebetulan Dayah pulak bercuti maka kami berhaha kat Ampang pulak. 

26 April (Khamis)
Pepagi hari lagi hubby dah keluar pi kerja. Lepas tu terus terus naik flight ke Kota Bharu. Sepatutnya saya ikut sekali tapi sebab anak-anak ada kat rumah of courselah maknya kena ada bersama. Maka banyaklah aktiviti yang nak dibuat apabila Hubby tingglkan isterinya dengan sebuah kereta dan sekeping kad bank. Pagi tu kami keluar pi cari baju raya. Huhu..... puasa pun belum dah sibuk nak beraya. Susah jugak nak mencari baju yang sesuai dengan warna tema dan fesyen. Lepas tu nak berdondon pulak. Haish..... Alhamdulillah kami tinggalkan all the man kat rumah. Kalau tidak jenuh depa nak melayan kerenah perempuan-perempuan akhir zaman ini.

Malam tu pi dinner kat Melawati Mall sambil jaga cucu. Maknya ada program kat UIA so kita kidnap anak daranya bawa pi jenjalan.

Tiga generasi 💝


Tak sah kalau tak isi perut.

27 April (Jumaat)
Pagi-pagi lagi ajak anak menantu pi Ikea. Kebetulan Dayah nak pi My Town, nak cuba makanan apa ntah. Ala-ala Korean street food gitu. Alhamdulillah suasana pagi hari di Ikea agak tenang. Pengunjung agak reda berbanding hujung minggu. Bukan senang nak pi Ikea tenang-tenang macam tu. Alhamdulillah kami sempat balik sebelum solat Jumaat.

Lepas ni berprojek memasanglah kita.....

Petangnya bawa Nina pi dentist sebab dok mengadu sakit gigi. Rupa-rupa hanya retak bekas tampalan je. Doktor cadang nak kikis yang lama dan buat tampalan baru. Sebenarnya operasinya mudah sahaja tapi beriya-iya pulak baby tu takut sakit sampai nak suruh doktor bius. Buat lawak je. Akhirnya takde apa-apa pun. Selamat je buat tampalan macam biasa.



28 April (Sabtu)
Pagi-pagi lagi saya sibuk pasang rak yang beli kat Ikea semalam. Sambil sibuk memasak sambil tunggu hubby balik dari Kelantan. Kebetulan Dayah pi Melaka menghadiri majlis bertunang kawan dia so saya buat kerja-kerja in my own sweet time sorang-sorang. Jenuh jugak la. Mudah-mudahan pecahlah lelemak tepu yang terkumpul selama ini.

30 April (Isnin)
Hubby ambik cuti sebab nak bawak kami ke pesta buku antarabangsa kat PWTC. Kami keluar rumah pukul 8.30 pagi sebab nak elak jalan jam. Alhamdulillah kami tiba sebelum pukul 9 pagi. Tapi takde parking pulak. Biasanya kami cuma parking di tepi jalan berhampiran bangunan PWTC sahaja. Tapi hari tu ramai pulak police traffic dok susun kon tak bagi orang parking sepanjang jalan tu. Maka terpaksalah merempat cari parking kat Sunway Putra Mall. Punya la gayat nak memusing masuk parking lot tu. Alhamdulillah dapat parking kat tingkat 6. Oleh kerana shopping mall tu belum buka maka eskalator pun belum berfungsi. So terpaksalah turun naik eskalator secara manual. Cuak juga sebab saya sangat berhati-hati dengan kemampuan lutut yang dah menhampiri tarikh luput ini. 

Sempat berposing sementara orang belum ramai.



Hasil tangkapan Hubby, belum masuk buku saya lagi.

Kami spent masa selama 3 jam sahaja. Itupun dah tak larat nak bawa bebanan buku. Lagipun makin lama makin ramai pengunjung dan suasana semakin sesak. Kebanyakannya adalah rombongan pelajar sekolah dari dalam dan luar KL. Penyabar sungguh nampak para cikgu pengiring melayan kerenah anak-anak murid mereka. 

1 Mei (Selasa)
Last day Nina cuti. Lepas breakfast pi hantar Nina pi KL Sentral. Awalnya planning nak hantar terus ke utara tapi cancel sebab nak tambahkan nilai rasa independen dalam dirinya. Makanya kami hanya menghantar dia hingga ke KL Sentral sahaja. Seterusnya pepandai la naik ETS dan ambik Grab terus ke Maktab.


Banyak pulak pesanan

Alhamdulillah ada beberapa pelajar lain yang sama destinasi dengannya mengurangkan sikit kerisauan kami. Ramai juga mak-mak dan ayah-ayah lain yang turut menghantar anak-anak mereka berkongsi rasa yang sama.



Bye baby. Cuti dah habis. Lepas ni kena pulun study untuk mid-term pulak.....


PS: Hari Rabu back to routine biasa makcik pencen.......


No comments:

Sinki Dapur Tersumbat Lagi

Sejak balik dari bercuti ni banyak pulak kerja-kerja maintenance yang perlu dilakukan di rumah ini. Alhamdulillah, saya masih diberi kekuata...