Tuesday 26 December 2017

Jelajah Oman: Day 4

Jumaat: 15 Disember 2017

Hari ni merupakan hari terakhir kami di bumi Oman. Semua kerja hubby dah siap semalam. So hari ni free and easy sahaja. Kebetulan Jumaat merupakan hari cuti umum di Oman maka Ustaz Hakim dan Norma buat planning untuk bawa kami jalan-jalan menjelajah bandar Muscat dan kawasan sekitarnya.

Sementara menunggu depa tiba kami pi sarapan dulu. Hotel hanya sediakan free breakfast untuk seorang. So untuk bahagian saya kena bayar sendiri. Depa caj OMR12, iaitu bersamaan dengan RM132 seorang. Huhu.....
Ginger Lounge agak lengang hari ni.
Hari-hari ini jelah menu saya.....
Yummy cheese, especially yang warna cream tu..

Destinasi pertama ialah ke Pantai Yeti. Jarak lebih kurang 28km dari hotel kami. Hampir 45 minit juga untuk ke sana. Ustaz Hakim sengaja ikut jalan off-road sebab nak bagi hubby merasai pengalaman melalui jalan off-road di sini. Pantai Yeti ni sangat menarik sebab ianya ala-ala tempat untuk solitude. Kita boleh pilih mana-mana spot untuk duduk sorang-sorang mengenang apa saja. Sangat damai dan menenangkan apabila melihat air laut bersatu dengan butiran pasir dan batu-batuan.....
Kalau berminat kita boleh sewa bot untuk pusing-pusing kawasan pantai Yeti. Depa caj OMR15 untuk satu jam, bersamaan RM165. Saya ni mabuk laut jadinya naik bot tidak termasuk dalam agenda saya. Kami hanya melihat-lihat kawasan sambil capture pemandangan alam sahaja.


Hubby dan Ustaz Hakim.

Seperti biasa sepanjang perjalanan saya suka melihat deretan bangunan sepanjang jalan. Nampak keseragaman di situ. Kebanyakannya dicat putih atau warna krim atau coklat cair. Terasa sangat damai apabila warna-warna itu bersatu dengan warna alam. Satu lagi keunikan bangunan di sini ialah kebanyakannya rendah-rendah sahaja. Katanya ketinggian binaan bangunan di Oman tidak boleh melebihi ketinggian bangunan minaret masjid sebab itulah bangunan di sana rendah-rendah sahaja. Tidak kelihatan bangunan pencakar langit. Tentang pilihan warna bangunan saya tak pasti, tak sempat tanya, nak kena gi Oman lagi nampaknya..... :)

Deretan rumah kediaman

Seterusnya kami pi melawat landskap di Barr Al Jissah. Kat sini terdapat hotel Shangri-La, resort and spa. Kami tengok-tengok dari luar je. Depa sediakan kawasan tinjau untuk menikmati keindahan alam dan suasana pantai. Katanya sewa bilik kat sini boleh cecah OMR1000, RM11000 satu malam .


Bas pun disediakan, kepada yang berminat.


Memandangkan hari ni hari Jumaat maka hubby ambik kesempatan untuk solat Jumaat bersama-sama penduduk setempat. Sementara menunggu orang lelaki pi solat, saya pi jalan-jalan kat supermarket Lulu's , ala-ala pasaraya Giant kat Malaysia. Boleh tahan jugak harga barang-barangnya. Barang-barang keperluan dapur agak murah. 
Durian pun ada.....
Suasana lengang sebab hari Jumaat.

Usai solat Jumaat kami pi makan tengahari atas undangan bekas student hubby, Iman apatah namanya, (bebetukan sama nama dengan anak saya Iman, dan isterinya Balqis pulak sebaya Iman). Hidangannya semua menu daging unta. Katanya kalau nak merasa segala jenis menu daging unta boleh singgah kat restoran Al Dayafa ini. Saya pun dah lupa kat mana exactly tempatnya. Tapi semua yang di order adalah menu daging unta. Kalau lihat senarai menu, harganya agak berpatutan.

Depa hidang secara traditional, boleh nak duduk bersimpuh atau bersila atas lantai. Sangat selesa kalau bawa anak-anak kecik. Kami dihidangkan dengan nasi mandy, nasi kabuli dan nasi biryani dengan 4 jenis menu daging unta. Unta goreng, unta bakar, unta rebus dan unta masak rempah. Malangnya tiada jodoh saya dan unta. Baru cuba seketul daging unta goreng tekak saya dah mula loya. Alhamdulillah depa  ada sediakan ayam bakar sebagai alternatif. 
Terima kasih Brother Iman (T-shirt biru) belanja kami makan.

Alhamdulillah by pukul 3 petang kami tiba di hotel semula untuk berehat sebentar sebelum berkemas untuk check-out. Sepatutnya kami kena keluar pukul 12.00 tengahari. Tapi memandangkan flight kami pada pukul 9 malam, hubby minta extend hingga pukul 6 petang. Kena extra charge lagi. Kali ni OMR28  bersamaan RM318. Alhamdulillah sempat berehat setelah seharian cuci mata sekitar bandar Muscat. 

Pukul 6.15 petang kawan hubby, Brother Anuar Sajari, tolong hantar kami pi airport. Alhamdulillah kami tiba di airport agak awal, suasana macam lengang dan tenang sahaja. Tercangak-cangak tunggu depa buka kaunter. Kalau kat KLIA depa akan buka kaunter khas untuk setiap penerbangan. Tapi kat sini rupa-rupanya kita boleh pergi je memana kaunter untuk daftar masuk. Asalkan Oman Air, tak kisah ke mana-mana destinasi, kita boleh terus beratur ikut flow barisan. Mudah sangat rupanya. 

Lepas daftar masuk kami pi cari dinner dulu sebab takut mengantuk dalam flight nanti tak lalu pulak nak makan apa-apa. By the time kami makan tu dah pukul 11.30 malam waktu Malaysia walaupun kat Oman baru pukul 7.30 malam. Seperti biasa harga makanan agak murah walaupun kat airport.
Chicken wrap tapi kena wrap sendiri...

Usai makan kami terus masuk boarding hall. Rupa-rupanya kat dalam boarding hall tu dah penuh dengan penumpang transit dari serata tempat. Kebanyakannya jemaah umrah. Muscat Airport masih menggunakan sistem lama angkut penumpang dari terminal ke pesawat dengan bas. So kami kena queue untuk naik bas ke pesawat. Cuaca malam agak dingin. Sayu pulak rasa hati nak meninggalkan bumi Oman walaupun hati ini tak sabar nak balik rumah. 

Muka ngantuk tak sabar nak tidur.
 Saya pilih tidur daripada makan.....zzzzz


PS: Walau seronok mana pun perjalanan ini hatiku tetap nak balik rumah. Home is where my heart is. Thank hubby for making a home for me.....



No comments:

Sinki Dapur Tersumbat Lagi

Sejak balik dari bercuti ni banyak pulak kerja-kerja maintenance yang perlu dilakukan di rumah ini. Alhamdulillah, saya masih diberi kekuata...