Sunday 10 December 2017

Move on..... moving forward

Semalam kami ke Tangkak lagi, menghantar anak bujangku selepas tamat cuti semester. Keadaan jam sepanjang jalan memberi ruang bicara yang luas untuk saya dan hubby bersembang apa sahaja. Borak, borak dan borak sahaja sepanjang perjalanan selama 8 jam pergi dan balik tanpa gangguan anak-anak.

Alhamdulillah, walaupun kereta bergerak macam siput b*** kami masih bertenang dan bertabah.  Tak cool lah jadi orang KL kalau tak tahan dengan jalan jam. Rutin biasa kami akan berhenti sarapan di Serdang, tiba di Tangkak dalam tengahari, pergi lunch kat deretan gerai stesen bas Tangkak yang femes tu. Lepas makan tengahari kami pi hantar Amin kat asrama lepas tu terus balik.

Masa on the way balik kami singgah USIM sebab hubby nak setelkan kerja-kerja sebelum pi Oman nanti. Sempat singgah melihat keindahan Masjid USIM. Pertama kali berenti solat di sana. Rasa muda pulak dikelilingi students USIM..... :D

Biasanya, walau macamana mengantuk pun dalam mana-mana trip saya tidak akan tidur. Itu undang-undang. Hubby akan drive sensorang sepanjang masa. Sebagai co-driver saya kena keep him alert and alive all the way. Kami tidak pernah gunakan konsep tukar-tukar driver atau sorang drive sorang tidur. Kalau ngantuk sesangat kami akan berenti kat mana-mana pit-stop untuk tidur sekejap, maksimum dalam 10 minit sahaja. Lepas tu pi basuh muka, beli makanan ringan dan air untuk kudapan sambil sambung borak dalam kereta.

"Dah habis dah anak kita sekolah al-Amin......"
"Ha ah. 5 orang. Semuanya grad al-Amin......"

"Lama juga tu kat al-Amin. Dari Iman darjah satu hingga Nina tingkatan 3......"
"Ha ah. Dari Januari tahun 1999 hingga Disember 2017....."

"Uish! 19 tahun. Macam tak percaya....."
"Banyak jugak tu kita invest. Dari yuran bulanan seratus lebih hingga lima ratus lebih....."

"Tu lah..... dengan harapan dan keyakinan al-Amin memberi sistem pengajian yang terbaik......"

Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah kurniakan kami dapat menjalankan tanggungjawab menghantar anak-anak ke sekolah yang baik. Sebanyak manapun yuran yang dikenakan hubby tetap mencari jalan untuk menyediakan peruntukan sekolah anak-anak.

"Macamana Kak Masniah jadi parent dan dalam masa yang sama jadi guru kat sekolah eh?" Saya pernah ditanya.

Susah jugak nak jawab sebenarnya, apabila kita terpaksa memakai dua topi dalam satu masa. Tapi seboleh mungkin saya akan sentisasa mendahulukan topi saya sebagai guru, daripada topi saya sebagai parent. Menjadi guru menuntut tanggungjawab yang perlu saya penuhi. Oleh kerana setiap anak Adam akan ditanya tentang tanggungjawapnya di hadapan Allah nanti maka saya seboleh mungkin akan cuba memenuhi tuntutan tanggungjawab tersebut melebihi daripada menuntut hak saya sebagai parent. Walaupun sebagai parent saya mempunyai hak terhadap sekolah, akan tetapi hak itu boleh dilepaskan bila-bila masa sahaja. Dan saya sangat yakin Allah akan sentiasa menggantikan hak itu dengan yang lebih baik. Alhamdulillah setakat ini janji Allah itu sentiasa benar. Banyak kebaikan lain yang Allah gantikan apabila saya melepaskan hak saya sepanjang perjalanan saya memegang title guru dan parent al-Amin.
Hari terakhir sebagai guru dan parent al-Amin.....


PS: Lepas ni nak fikir tentang diri sendiri pulak

No comments:

Ganti hose paip air (bidet spray)

Hari ini kita sambung kerja-kerja di bilik air pulak. Kebetulan hubby ajak keluar lunch di Melawati Mall, ayuhlah kita singgah beli barang d...