Sunday 7 January 2018

Fly higher boy.....

"Ein ada exhibition. Umi datang tau. Open to public....." Awal-awal lagi bujangku dah ingatkan.

So hari Khamis baru ni kami gerak dari rumah Ukay jam 6 pagi. Subuh tengah jalan, lepas tu terus hantar Nina pi sekolah. Lepas drop Nina kami take away 2 bungkus nasi lemak dan kuih. Singgah apartmen hubby untuk breakfast. Then hubby pi USIM untuk meeting. Sementara tu saya tinggal kat apartmen, mengemas apa yang patut. Kol 9.45 pagi kami gerak ke UM. Tiba sana lebih kurang pukul 11 pagi. Melilau cari parking. Punya la banyak kereta. Kebetulan masa ni musim exams, parking memang penuh. Students sekarang memang kaya. Masing-masing bawa kereta. Setelah puas bertawaf akhirnya dapat parking kat fakulti Engineering. Kami ikut laluan short-cut dari bangunan Engineering. Tak terasa penatnya panjat tangga hingga tingkat 4. Lepas tu baru masuk ke bangunan Alam Bina. Bangunan baru. Exhibition kat tingkat 4 juga. Alhamdulillah ada lif.

Bengkel pemotongan. Katanya share antara Alam Bina ngan Engineering

Sebelum sampai kepada peringkat exhibition tu banyak stages yang depa kena lalui. Daripada site visit, analisis, konsep dan macam-macam lagi lah. Memang penuh dengan blood, sweat and tears. Saya pun tak sempat nak follow apa yang depa buat. Yang pasti, banyaklah peralatan DIY saya yang bujangku angkut pi UM. Segala mertun, skrew, spana, gergaji, gerudi dan macam-macam peralatan dari stor hardware saya hilang tak dapat dikesan. Saya tak perlu risau kalau barang-barang hardware saya tu tiba-tiba lesap. Depa pi masuk universitilah tu. Kalau nak jumpa balik, tunggu bujangku habis grad nanti. Itupun kalau barang-barang itu masih menjadi rezeki saya.

Kadbod ke papan lapis, entahlah, depa potong-potong.....

Lepas tu cantum buat model bangunan 

Terbeliak jugak biji mata saya tengok hasil kerja budak-budak Architecture ni. Tak tercapai dek akalku. Patutlah Allah tidak takdirkan saya mengambil jurusan ni. Saya ni memang jenis yang susah nak keluarkan idea. Takde idea pun sebenarnya. Nak cari idea, konsep, lakaran dan entah apa lagi yang memerlukan kadar imaginasi dan tahap penguasaan yang tinggi sah-sah la di luar batu jemalaku. Mujurlah saya ambik jurusan perakauanan sahaja. Hanya perlu masuk kelas, dengar lecturer mengajar, ambik nota, balik buat homework, assignment dan ulangkaji sikit-sikit. Hujung tahun study untuk pereksa. Apa yang saya belajar, itulah yang keluar dalam exam. Tak perlu nak perah otak nak cari idea baru dan bernas bagai.

Presentation depan examiner.

Seni halus. Ini bukan bidang saya.


Model bangunan. Depa ukur, potong pastu bina satu-satu.

Model bandar sebenar

Pada saya yang buta seni nampak rata-rata students menunjukkan bakat yang tinggi. Depa susun hasil kerja tu mengikut ranking kedudukan yang diberi oleh external examiner. So by this time kita dah boleh agak di mana kedudukan CGPA kita. Final assessment akan dibuat setelah semua external examiner, internal examiner, dekan dan lecturer duduk berbincang.


"Certified Music therapist datang tadi. Dia ambik no hp Ein......"
Alhamdulillah.


PS: Apa-apa pun mudah-mudahan semuanya berjalan lancar. May Allah ease.....


No comments:

Ganti hose paip air (bidet spray)

Hari ini kita sambung kerja-kerja di bilik air pulak. Kebetulan hubby ajak keluar lunch di Melawati Mall, ayuhlah kita singgah beli barang d...