Friday, 6 December 2013

Setiap penyakit ada ubatnya....

Hari Khamis 28 November. Bermakna dah 3 hari saya makan antibiotik yang doktor bagi hari tu. Tapi macam tak ada kesan je. Rasa macam makin sakit. So saya minta izin Hubby untuk pi APSH sendiri sebab Hubby kerja. Saya keluar rumah pukul 9 pagi ditemani Nina dan Sibujang. Masih boleh drive. Alhamdulillah.

Mula-mula pi outpatient. Depa terus refer pada pakar sebab bengkak dah besar. Alhamdulillah patient hari tu tak ramai. So by pukul 10.30 am dah jumpa doktor.

"Abscess ni. Bengkak ni tak boleh biar. Kena operate." Laju je doktor tu diagnos. Pakar la katakan.

"Kena general anesthetic. Kalau tidak nanti sakit." 
Adusss... saya memang tak gemar kalau kena tidur mati nih. Dah pernah rasa masa buat D&C selepas keguguran hari tu. Baby sebelum Nina. Bila dah sedar tu mabuk sampai tak boleh buka mata berjam-jam. 

"Tak boleh local je ke doktor?" Ewah macam boleh negotiate pulak.

"Oh...cannot. Takut tak cukup bius. Nanti Puan sakit. Kena tidur. Don't worry. Sekejap saja." 

Hmm....okay. So lepas jumpa doktor terus pergi admission untuk masuk wad. Scheduled untuk operate petang tu juga. Alhamdulillah saya memang tak lalu makan sejak pagi. So tak ada masalah nak kena puasa sebelum operation.
Nina dah penat. Nervous sebab umi kena masuk wad.

Alhamdulillah proses kemasukan wad berjalan lancar. Mungkin ada yang mendoakan saya dari jauh. Cuma makan masa sikit nak tunggu approval dari syarikat insurans. Sebelum ni saya tak pernah ambil kisah pun pasal insurans ni. Yang saya tahu tiap bulan Hubby akan setel kan everything. Bertuah sungguh isterimu ini...heheh.
Suspens pulak nak tunggu depa bawa pi bilik bedah. Haha....'bilik bedah'...gerun je bunyik. Biasa sebut OT. Entah kenapa saya jadi kecut perut bila doktor kata kena bedah. Macam tak biasa masuk hospital pulak. Padahal dah selamat 5 kali beranak. Masa suspen dok menunggu tu tetiba Hubby muncul. Oh...sungguh tak ku duga.

"Tak pe. Lunch hour pun. Meeting kol 2.30pm. Insya Allah sempat. Lewat sikit pun tak apa."


Hubby setia mengiringi. Tetiba lak rasa sayu. Macam la sakit tenat....:) Sepatutnya Hubby ada full schedule hari tu. Ada meeting MQA dan segala bagai. Tapi terpaksa reschedule semata-mata nak bersama isteri terchenta....:)

Saya redi untuk masuk OT pukul 1.45pm. Alhamdulillah pukul 3.30pm dah keluar. Selama masa tu Hubby dan Nina sabar menunggu sehingga saya dihantar ke wad semula. Feel so blessed with a loving family....sian Hubby terpaksa ponteng mesyuarat.
Lepas operate. Macam tak de apa-apa je..maklum la ubat bius masih ada. Luka bekas operation tu doktor tak jahit. Dia biar sembuh sendiri. Sebab bawah luka tu ada macam lubang lohong macam longkang. So setiap hari kena buat dressing, cuci luka sampai tumbuh daging baru....:)
Bekalan untuk buat dressing.

Buat dressing ni lah yang perit sikit. Hari pertama lepas operate tu kena cucuk ubat tahan sakit pethidine. Hari ke dua pun sama. Lepas sejam kena cucuk baru nurse buat dressing. Depa buka balutan tu. Lepas tu cuci dengan antiseptic solution tu. Lepas tu depa celup kain gauze dalam ubat tu dan sumbat dalam luka yang berlubang tu sampai penuh. Lepas tu baru balut semula. Nina sempat buat video masa nurse dok cuci tu. Ngeri jugak la bila tengok.

Alhamdulillah setelah menghuni APSH selama 3 malam akhirnya boleh keluar wad. Walaubagaimanapun saya kena ke hospital setiap hari untuk buat dressing. Sampai sembuh sepenuhnya. Doktor bajet boleh sembuh dalam 2-3 minggu. Insya Allah.

No comments:

Jom balik KB, bercuti dan makan-makan

Bila hubby ajak balik KB saja-saja bercuti dan jalan-jalan cari makan laju sahaja isteri mithalinya ini bersetuju dengan segala perancangan....