Ahad 15 Disember
Hari ni Hubby dah habes kerja. So boleh lah betul-betul jalan-jalan Jakarta. Pagi-pagi lagi kami dah siap. Kena bertolak awal takut traffic jam. Jarak antara Tangerang-Jakarta hanya 25km tapi kalau baik punya traffic jam boleh ambik masa hingga 5 jam perjalanan.
Cantik pulak nampak bunga kat atas meja foyer ni..(tetiba)
Alhamdulillah kami hanya mengambil masa tak sampai 1 jam untuk tiba di pusat bandar Jakarta. Oleh kerana hari masih awal kami selamat daripada traffic jam. Uniknya kat Jakarta ni setiap hari Ahad adalah car-free day bagi pusat bandar Jakarta. Tapi sampai pukul 10 am saja. So dalam jangkamasa tu kereta hanya boleh lalu dan parking sampai kat satu had kawasan yang telah ditetapkan. Sesiapa yang melanggar peraturan ni boleh didenda sehingga 5 juta rupiah. Kalau nak masuk kawasan bandar hanya boleh berbasikal atau berjalan kaki sahaja. So boleh lah nak tengok berbagai rupa bentuk basikal.
Kami hanya berjalan kaki ke pusat bandar. Ramai juga pelancung macam kami ni. So tak lah rasa peghak sangat. Kat tengah-tengah bandar tu depa buat round-about siap ada air pancut. Apa tah nama glamour kawasan ni. Dah lupa. Yang uniknya sekeliling kawasan air pancut tu ada manusia berposing macam patung. Macam-macam patung ada tapi kami berkenan kat sipocong ni. Kalau nak bergambar dengan mereka kena bayar dulu. Tapi seikhlas kita saja.
Nina muka cuak...
Macam kawasan KLCC pulak.
"Ambil foto buk, ambil foto buk..." Bising je mulut depa. Kalau nak bergambar bayar je seikhlas kita. Masukkan duit kat dalam tabung tin yang dia pegang tu. Orang sebenar kat dalam costume tu kecik je. Kepala dia kat tengah dada yang ada lubang tu. Depa tebuk lubang kat tengah dada tu supaya nampak keluar.
Dah puas pusing-pusing kami menghala ke Monas. Monas=Monument Nasional. Orang sini suka ringkaskan nama-nama benda. Jauh juga nak jalan. Nak cari teksi tak ada sebab car-free day. Tapi ada Busway. Busway ni macam LRT juga cuma depa pakai bas. Asalnya kerajaan depa nak buat LRT macam kita tapi ada masalah teknikal depa hentikan projek tu. Tukar dengan bas. Sistem dia sama juga dengan LRT. Kena beratur beli tiket, nak masuk stesen kena ikut palang besi, ada pengumuman 'stesen berikutnya ...' dan sebagainya. Cuma naik bas lalu atas jalan raya.
Bahagian jalan kanan sekali tu ialah laluan untuk Busway.
Pada hari Ahad sehingga pukul 10 am, laluan lain hanya untuk basikal dan pejalan kaki sahaja.
Peta jaringan Busway macam peta LRT jugak.
Berjalan lagi menuju ke Monas. Sepanjang jalan ke Monas ni macam lalu kat pasar tani pun ada. Macam pasar pagi pun ye juga. Macam fun-fare. Macam-macam ada.
Macam-macam depa buat untuk cari makan. Pak cik berbaju belang tu sedang menari kuda kepang. Kalau nak bersedekah boleh masukkan duit dalam bekas berkaki putih oren tu. Bagi je seikhlas hati.
Barang-barang jualan memang sangat murah.
Monas= Monument Nasional.
Konsep dia macam KL Tower tapi hari tu depa tutup untuk renovation nak sambut tahun baru nanti.
Lepas tu jalan lagi ke Masjid Istiqlal pulak. Hubby dah lama berhajat nak ke Masjid ni. Masjid terbesar di Asia Tenggara. Akitek dia seorang Kristian Protestan, jadi tak hairan lah kalau tengok binaannya tidak seperti binaan masjid konvensional kat Malaysia. Nampak sangat moden dengan dinding dan lantai berlapis marmar.
Di hadapan Masjid Istiqlal.
Dalam masjid ni sangat luas. Kubah besar kat atas tu diameternya berukuran 45 meter dengan 12 tiang besar. Sungguh mengagumkan, sangat besar dan penuh dengan ukiran yang unik.
Menara masjid .
Lantai dan dinding bersalut marmar.
Betul-betul bersebelahan masjid ni ada gereja besar juga. Asalnya kerajaan depa ingin menunjukkan amalan toleransi beragama dikalangan rakyat mereka. Hmmm.....
Selepas puas berjalan-jalan tu hajat nak pi Tanah Abang. Tapi depa kata tempat tu sangat sibuk dan serabut. Setakat nak cari telekung dan kain batik sikit-sikit malas pulak nak bersesak-sesak kat Tanah Abang tu. So kami pi Tamrin City saja. Mula-mula pi cari makan dulu. Dah penat berjalan tadi. Lagi pun dah lunch hours. So kami pun pi la cari tempat duduk. Tu dia aih..... tak sempat duduk menderu-deru datang orang bagi menu. Aduh, sampai naik pening nak pilih menu apa. Dah la tak berapa nak faham nama menu, nak kena bayangkan apa rasa dia pulak. Saya ni pulak jenis payah nak suka makanan pelik-pelik. Adoyai.....Last-last saya order nasi ngan ayam goreng cicah sambal je. Air jus markisa memang sedap.
Tu dia.....pilih pilih.
Lepas dah makan baru lah membeli apa yang patut. Beli ala kadar je sebab tidak berniat pun nak bershoping sakan. Sekadar jalan-jalan tengok tempat orang.
PS: Insya Allah panjang umur ada rezeki kami akan kembali lagi.....
No comments:
Post a Comment