Thursday 12 December 2013

Selepas itu...

Setiap hari saya kena pi hospital buat dressing. Alhamdulillah luka dah makin sembuh. Lubang 'lohong' tu pun dah makin mengecil.

"Dah kecik dah umi. Boleh muat Ricolla je...." Haha... boleh pulak bermetafora.
Memang hampir setiap masa Nina akan bersama saya. Dalam susah dan senang. Dari hari pertama saya rasa ada ketulan bawah ketiak saya tu sehinggalah menemani saya ke hospital untuk buat dressing setiap hari.
Ni dah masuk hari ke 9 saya buat dressing. Alhamdulillah dah tak perlu painkiller. 

Sebenarnya sakit bengkak tu dah hilang serta-merta selepas operation. Yang tinggal hanya sakit masa buat dressing je. Lepas dressing sakit tu akan beransur hilang dalam setengah jam selepas tu. So maknanya saya dah tahu bilamasa saya akan sakit. Macam tunggu contaction nak bersalin pulak. :) Tapi tak la seteruk sakit nak bersalin. Setiap kali juga akan ada yang jadi mangsa genggaman tangan saya. Untuk hari-hari awal selepas operate, memang tangan Iman lah yang jadi mangsa. Sian...habis biru lebam tangan dia saya kerjakan.
Lepas hari ke 10 saya dah malas pi hospital. Boleh pulak nak malas-malas. Saya buat kat rumah je. Harap-harap menjadi. Cuak juga sebab nurse kata selagi ada lubang kena datang cuci kat hospital. Takut nanti jadi 'gua'. Apa tah maksud dia. Haha....hari ni dah 2 minggu lepas operation, saya dah mula faham maksudnya. Huhu....Nauzubillah. Mudah-mudahan penyakit tu tak datang balik.




2 comments:

Unknown said...

Lame mane dressing kak untuk luka bercantum . Hoho . Saya operate mcm kakak juge . Tpi kat kaki . Hihi . Skang baru 1 minggu dressing . Satu lagi . Lepas luka bercantum . Makan kene jage lame mane . Hihi .

Masniah Said said...

Dalam 2 minggu insya Allah luka tu dah mula bercantum. Makan macam biasa pun tak pe. Tak yah pantang-pantang.

60 Days in UK: Kew Bridge & River Thames

Sabtu, 9hb Mac 2024 Hari ini dah masuk hari ke-38 kami di London. Sejak berpindah ke rumah sewa ketiga ini kehidupan agak tenang sedikit dan...