Monday, 25 November 2013

Sakit selepas sihat..

Bangun pagi tadi ketiak rasa makin bengkak. Berdenyut makin kuat.  

"Boleh drive ke tak ni?" 
Subhanallah...

Pagi tadi pi hantar anak bujang ke sekolah. Sains kertas 1 dan 2. Biasanya saya akan tunggu sampai dia habis paper pertama baru saya balik. Sama-sama baca doa sebelum masuk dewan periksa. Kadang-kadang saya akan tunggu sampai tengahari dan balik sama-sama. Kalau paper nya melarat sampai ke petang, saya akan balik dulu dan datang semula.

Uniknya al-Amin. Pukul 7.30am loceng akan dibunyikan dan semua calon SPM berkumpul di dataran untuk mendengar sedikit pesanan akhir dari guru subjek hari tersebut. Lepas tu seorang murid akan datang ke depan untuk mengetuai bacaan doa sebelum masuk dewan periksa. Setiap hari. Setiap subjek.

Tapi hari ni saya tak tunggu. Drop terus balik. Saya tekad kena pi klinik segera. Takut dapat penyakit yang tak diingini. Denyutan terasa makin kuat. Ngilu sampai ke lengan. Drive guna sebelah tangan je. Kereta manual tu. Nasib baik gear guna tangan kiri. Sepanjang jalan doa saya tak putus. Doa untuk kesejahteraan saya dan keluarga, terutama untuk anak bujangku yang menghadapi SPM.

Sampai rumah saya terus call klinik 24 jam nak pastikan doktor bertugas tu perempuan. Heheh... mesti lah cari doktor perempuan. Malu la nak buka tunjuk ketiak kat orang. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Doktor bagi antibiotik untuk 5 hari bekalan dan ubat sapu. Tunggu dalam 3-4 hari. Ada dua kemungkinan yang akan berlaku selepas tu. Samada bengkak tu akan berkurangan dan terus kecut. Sihat walafiat.  Ataupun bengkak tu akan makin membengkak, masak ranum, bernanah dan berdarah. Kalau ini yang berlaku, saya kena datang klinik semula untuk check-up. Lepas tu depa mungkin akan refer untuk buat pembedahan di hospital. Aduss...ngeri nya.
Antibiotik. Makan 1 biji 2 kali sehari.
Apa-apa pun berserah je pada Allah. Dia yang maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita... Redha je dengan apa jua kemungkinan.

3 comments:

Anonymous said...

Salam sis. Mcm mn dengan benjolan sis bwh ketiak tu? Ape bnd yeh sebenarnye? Sy pn ade ni. Mkin besa. Besa biji guli da. Tekan sakit. Start tumbuh sehari lepas period. Ni dahari ke4.

Masniah Said said...

Wasalam.. maaf baru tgk blog. alhamdulillah dah okay. Doktor operate. Katanya macam bisul..

Hamba Allah said...

Saya bru berusia 28thn tp belum kahwin lagi, skrg ni ada rsa ketulan bwh ketiak, dua2 belah plak tu..ada sebesar biji guli..sakit bila tekan..sy jdi tkut pulak..mcm mna ye? Hri ni bru kena terasa sakit..bole x klu sy nk tuam?

Jom balik KB, bercuti dan makan-makan

Bila hubby ajak balik KB saja-saja bercuti dan jalan-jalan cari makan laju sahaja isteri mithalinya ini bersetuju dengan segala perancangan....