Tuesday, 12 November 2013

Pasport oh pasport....

Semalam pi Wisma Sri Rampai. Nak buat pasport untuk Amin ngan nina. Kes terpaksa ni. Biasanya kalau kerja-kerja luaran begini hubby yang buat. Saya hanya ikut jadi mem je. Tapi la ni terpaksa buat sendiri sebab hubby asyik sibuk memanjang. Terpaksa la kuatkan semangat bawa Amin ngan Nina je. Kami sampai dalam pukul 9.30am. Orang dah ramai. Tapi ramai pulak penyambut tamu. Siap tunjukkan parking lagi. Kata orang depa tu ulat. Nak cari pelanggan. Tangkap gambar untuk buat pasport. Tak yah layan. Terus je pi ke kaunter pertanyaan. Alhamdulillah orang2 yang bekerja kat Imigresen ni baik-baik dan peramah belaka.

"Puan pertama kali datang ke? Berapa orang?"

Saya cuma perlu renew je. Dah ada pasport yang dah tamat tempoh lebih 15 tahun yang lalu. Tapi Nina dan Amin kena buat yang baru. Sebab depa bawah 18 tahun saya kena jadi saksi. So depa kena ada surat beranak ori dan salinan, IC/Mycard ori dan salinan, IC saya dan salinan serta gambar 2 keping sorang. Alhamdulillah kat situ dah siap ada kedai gambar dan mesin fotostat. Depa semua sedia membantu. Cuma sediakan duit je. Gila mahal depa ketuk. Untuk gambar kami 3 orang dan fotostat semua benda tu depa caj RM37.60. Gambar nak guna 2 keping je tapi kena ambik package 4 keping.

Lepas isi borang pi ambik nombor giliran. Depa akan pastikan semua item lengkap dulu baru bagi nombor. 
Tu dia... nak kena tunggu giliran lebih 140 orang!

So pi pekena capati ngan the tarik dulu. Lepas tu pi cari majalah nak kill the time masa menunggu nanti. Lupa pulak nak bawa bahan bacaan lain.

"Maaf Puan, hari ni sistem kita down. Terpaksa tunggu lama lagi. Mungkin dalam 4-5 jam. Kita nasihatkan Puan pergi ke UTC Sentul. Kat situ boleh siap dalam 2 jam je."

"Kalau puan ikut peta ni mudah je. Buat U-turn kat Bulatan Pahang. Jalan terus, nanti akan nampak Hospital Tawakkal sebelah kanan, lepas tu Mc D. Jalan lagi sampai nampak Shell. First traffic light masuk kiri. Jalan terus sampai nampak traffic lagi. Sebelah kiri tu Masjid. Puan masuk kanan memang terus nampak UTC tu. Tak kan sesat punya." Punya la panjang lebar depa cerita. Masalahnya saya nak pergi Bulatan Pahang tu pun tak reti.....adoi.

"Tak pe Umi. Amin hafal peta. Kita gi ke KL Fest pastu ambik kiri."
Alhamdulillah 10 minit je dah sampai UTC. Memang mudah. Malangnya, orang ramai juga. Kaya sungguh rakyat Malaysia ni rupanya. Sampai je saya terus pi kaunter ambik nombor giliran sebab semua barang dah siap.
Kat sini lagi haru. Nak kena tunggu lagi 160 orang.

“Jom gi balik kat tempat tadi lah.” Haha…buat lawak betul.
Kami patah balik ke Wisma Sri Rampai. 10 minit je pun. Alhamdulillah sistem depa dah okay. Tunggu lagi dalam 2 jam. Pukul 1.30 baru depa panggil untuk serahan borang. Lepas tu tunggu lagi untuk bayaran pulak. Sempat  kami pi lunch kat kedai mamak dulu. 
Megi goreng, RM7.50 sepinggan. Kena ketuk lagi!

Lepas lunch tu buat bayaran. RM100 sorang untuk tempoh 2 tahun. Kanak-kanak bawah 12 tahun bayar RM80 je. Kalau nak tempoh 5 tahun kena bayar RM300. Pasport akan siap dalam masa 1 jam selepas bayaran dibuat. So kami pi cari surau untuk solat zohor dulu. Masa tu dah pukul 2.30pm. Surau kat tingkat 4. Sempat pulak pusing-pusing melawat kawasan. Huh...sangat lengang lagi menakutkan. Memang amat tidak dinasihatkan untuk melilau sorang-sorang.

Apa-apa pun, Alhamdulillah semuanya selesai sebelum pukul 4.00pm. Lepas ni boleh la nak pi jalan-jalan keluar negara…..:)

PS: Bila tah nak gi Beijing.......:)

No comments:

Jom balik KB, bercuti dan makan-makan

Bila hubby ajak balik KB saja-saja bercuti dan jalan-jalan cari makan laju sahaja isteri mithalinya ini bersetuju dengan segala perancangan....