Thursday, 4 July 2024

Kuih Florentine dan mee goreng

Semalam hubby bawa balik hamper berisi kuih dan kerepek. Termasuk dalam tu adalah kuih favourite kedua saya selepas tart nenas. Sebab utama haruslah menu kekacang yang diadun beserta rasa manis potong kaki. Saya boleh habiskan sebalang dalam sekelip mata sahaja.

Sebekas kuih Florentine.

Kita close up sikit kasi nampak kekacang yang yummy.

Saya goreng mee untuk sarapan. Kebetulan hari ini pepagi lagi hujan dah turun, so kita sarapan sambil menikmati irama rintik hujan dari atas bumbung rumah. Lepas tu sambung krup-krap dengan kuih Florentine semula. Oleh kerana kuih Florentine yang sangat manis, kita minum air kosong sahaja.

Mee goreng pun dah tinggal separuh.

Semoga Allah kurniakan ketenangan sehingga akhirnya. Amiin. 🌹

Sekian.😊

Wednesday, 3 July 2024

Cerita Sakit Dada

Seminggu dua ini saya sibuk berinteraksi dengan Pakcik Google berkenaan sakit dada. Alhamdulillah hari ini ianya sudah berlalu pergi. Dari pembacaan sebelum ini saya dah short list punca kesakitan yang saya alami mungkin berpunca dari masalah jantung, paru-paru atau gastrik. Hari ini saya perhalusi lagi ruang lingkup kawasan yang terkesan. 

Berdasarkan gambar yang saya screen shot dari google, (terima kasih kepada pemilik asal) saya hanya mengalami kesakitan di bahagian dada kiri bawah hingga ke kawasan ulu hati seperti dalam gambar di bawah. Namun tiada satu pun simptom yang senaraikan terkait dengan saya.

Rajah yang tengah, bawah.

Bila saya luaskan pembacaan, ternyata kesakitan yang saya alami tidak sepatutnya berpunca dari masalah jantung. Berdasarkan sympton yang saya alami, saya sangat pasti ianya adalah sternum pain yang disebabkan oleh joint strains atau muscle injury.

What's Causing My Sternum Pain? Sternum pain can have many causes, including joint strains, muscle injury, and acid reflux. Chest pains can also be a symptom of a heart attack, and you should not ignore them. Your sternum, or breastbone, connects the two sides of your rib cage.’(Google)

Buat sementara waktu ini, saya tolak tepi acid reflux dan gastrik. Saya bertahan dulu dengan kepercayaan bahawa masalah saya berpunca dari joint strains atau muscle injury yang mungkin disebabkan kesan sampingan pengambilan ubat kolestrol Lipitor. Walaubagaimanapun saya tidak mengabaikan kemungkinan masalah jantung. Saya cuba kurangkan stress pada bahagian dada dan kurangkan pergerakan yang boleh menyebabkan kesakitan.

Mudah-mudahan segala masalah akan segera berlalu dan Allah gantikan dengan sebaik-baik kesembuhan. Amiin. 🌹

{Cerita sebelum ini boleh baca di sini}.

Sekian. 😊

Hamper

Pagi tadi hubby ada program bersama MAIWP menjadi panel diskusi dan memberi pengisian untuk para pegawai. So sepanjang pagi saya duduk di rumah meneruskan kerja-kerja rumah yang tiada penghujung. By the time hubby balik jam menunjukkan hampir pukul 3 petang. Saya dah siap mengemas kawasan dapur, laundry, sapu sampah, mop lantai dan lap habuk almari dan kemas rak buku.

Tak sangka pulak hubby bawa balik hamper. Rupa-rupanya depa bagi sebagai cenderahati untuk ahli panel. Maka haruslah isteri yang di tinggalkan ini rasa excited. Macam dia pulak yang dapat hadiah.😁😅

'Sebakul' kuih dan kerepek pelbagai rasa.

Macam dulang hantaran pulok.

Kita atur semula balang-balang walau ada yang dah tinggal separuh.

Semua kuih dan kerepek itu adalah hasil usaha asnaf. Pihak MAIWP beli dalam usaha membantu usahawan mereka. Semoga kita juga diberi ganjaran dalam usaha membantu mereka yang memerlukan. Amiin.🌹

Sekian.😊

Tuesday, 2 July 2024

Coffee @AEON Wangsa Maju.

Hari ini saya menemani hubby buat kerja lagi. Kali ini kita ke Coffee Bean & Tea Leaf di Wangsa Maju. Biasanya saya order kopi tapi kali ini kita cuba teh pulak bagi mengurangkan kafein dalam badan. 

Green matcha berkrim... manih leting.

Seperti biasa, sementara hubby buat kerja, kita jalan-jalan pusing mall. Sambil cuci mata kita sambar blouse sehelai dua. Usai hubby buat kerja kita sambung lunch di Secret Recipe. Hubby order nasi goreng Thai dan teh panas, saya pilih smoked salmon dan air tembikai.


Smoked salman, kuah leleh. Kita bg 3 star sahaja sebab saya lebih suka kuah cicah.

Earl Grey tea, nampak menarik tapi tak tahu brand apa. Nak kena cari nanti.

Kebetulan Popular Book buat sale di bahagian foyer mall, kita singgah tengok buku pulak. Kemudian cari toys untuk kegunaan cucu-cucu bila balik rumah nenek.

Kereta untuk cucu. KIV dulu.

Hubby's kind of reading, as always.

Bekal buat cucu-cucu Tok Ayah.

Apa cerita di meja kopi hari ini?

"Badan koperasi perlukan banyak perubahan dan kembali ke landasan asal semula..." Dengan topik serius begini, makcik hanya boleh nganga. Kita duduk je dendiam, biarkan pakar berbicara.

Semoga kita sentiasa diberi petunjuk disepanjang kehidupan kita. Amiin. 🌹

Sekian.😊

Monday, 1 July 2024

FunRun @Melawati

“Ummi larat ke nak lari malam-malam?” Semua anak-anak pakat risau bila saya sign up untuk Ampang Jaya Night Run anjuran MPAJ dan Geopark. Saya tak ambik pot bagaimana bentuk lariannya, kalau larat saya lari, kalau tak larat saya berjalan sahaja. Worse come to worst saya akan duduk sahaja menunggu di padang depan Melawati Mall sementara orang lain habis berlari.

Laluan larian.


Pada hari yang dijadualkan kami pergi ambik race kits di tingkat 6, Melawati Mall. Mudah sahaja urusannya. Hanya perlu tunjukkan Mycard atau QR code untuk setiap peserta yang didaftarkan.

Semangat ayah ambikkan race kits untuk anak menantu sekali.

Kami keluar rumah usai solat Isya’ dan tiba di tempat berkumpul dalam sebelum pukul 9:30 malam. Flag off pukul 10:00 malam so masih ada masa berbaki untuk melihat kawasan dahulu.

Khemah VIP, kita tumpang bergambar sahaja.

Dengan anak no-2 dan menantu yang sponsor everything.😍

Anak no-2 siap belikan lampu pasang di kolar baju takut ayahnya sesat dalam gelap.

Semangat hubby berlari dengan bergaya.

Alhamdulillah saya dapat menghabiskan ‘larian’ 5km dalam masa 58 minit.

“Pace jalan kaki je tu Ummi…” Tak kisahlah, jalan kaki tak jalan kaki, yang penting saya dapat habiskan jarak laluan yang ditetapkan. Agak mengah jugak sebab ada laluan berbukit. Masa naik bukit jenuh mengah nak kumpul tenaga, manakala masa turun bukit terpaksa berhati-hati dengan kesihatan lutut pulak. Apa-apa pun kita harus berbangga dengan pencapaian sendiri. 

Sepatutnya bergambar depan poster tapi dek terlalu ramai yang beratur, kita posing di sebelah belakang poster sahaja.

Jom tambah koleksi.

Lepas ni kita join larian yang lain pula. Moga Allah kurniakan kesihatan yang baik sehingga akhirnya. Amiin.🌹

Sekian.😊

Lunch Anak Beranak @Kajang

Pagi semalam kami melawat anak bongsu di Putrajaya. Tiba-tiba terasa nak keluar lunch dengan anak no-2 yang bekerja di hospital Kajang waktu...