Tuesday, 28 July 2026

Lunchdate @Mak O Mak

Sejak dah tinggal berdua ni hubby rajin ajak keluar makan. Kita mengikut sahaja kebetulan isteri mithali ni dah makin kurang minat memasak. Saya memang tak mahir memilih kedai makan so kita follow sahaja ke mana hala tuju. Dan saya sentiasa boleh memilih apa sahaja menu yang ada di mana-mana kedai makan asalkan kena dengan tekak saya.

Kali ini kami ke Restoran Mak O Mak di Melawati. Biasanya kami pergi untuk sarapan, rupa-rupanya depa ada menu makan tengahari jugak. Ini pertama kali kami singgah untuk makan tengahari. Saya pilih set nasi dengan udang masak lemak manakala hubby memilih set tenggiri asam pedas.

Simple deco… berangan nak gantung kat rumah nanti.

Masak lemak udang.

Set nasi dengan udang masak lemak dan set tenggiri asam pedas.

Rasa? Alhamdulillah sedap. Tapi saya kurang minat dengan udang yang tidak dibuang urat belakangnya. So kita makan sekadarnya sahaja. Lain kali kita cuba menu yang lain pulak. Semoga kita sentiasa dimurahkan reseki. Aamiin.🌹

Sekian.😊

No comments:

Lunchdate @Mak O Mak

Sejak dah tinggal berdua ni hubby rajin ajak keluar makan. Kita mengikut sahaja kebetulan isteri mithali ni dah makin kurang minat memasak. ...