Monday, 13 July 2026

Menziarahi Sahabat Yang Kurang Sihat

Hari Jumaat lepas, tiba-tiba saya jadi busy sebab buat plan secara tiba-tiba. Kami menerima berita dalam group wassap Cikgu Pencen tentang ada sahabat di Gombak yang kurang sihat. Jadi kami terus buat keputusan untuk pergi berziarah bagi yang ada kelapangan pada hari esoknya. Alhamdulillah, Allah mudahkan urusan dicelah-celah kesibukan.

Pepagi lagi saya dah masak nasi dan gulai ikan kering campur telur rebus... ala-ala nasi berlauk Kelantan buat bekal hubby di rumah. Cukuplah buat sarapan dan makan tengahari sebelum hubby keluar untuk solat Jumaat nanti.

Sahabat saya, Kak Zai datang menjemput dari rumah dan kami singgah di Villa Wangsa Mas untuk urusannya sebelum terus gerak ke rumah sahabat kami di Gombak.

Area Villa Wangsa Mas yang cantik.

Kami tiba di rumah sahabat di Gombak dalam pukul 12 tengahari. 

Layanan mesra dari anak tuan rumah, berbaju oren dan hijau kuning.

Kak Zai, merangkap sahabat yang sentiasa bersama ke sana ke mari.

Us... cikgu-cikgu yang pernah sama-sama mengajar di sekolah.

Ziarah.

Alhamdulillah done pertemuan sementara. Semoga sahabat kami beransur sihat dan Allah perlihara ukhuwwah ini selamanya. Aamiin.🌹

Sekian.😊

No comments:

Menziarahi Sahabat Yang Kurang Sihat

Hari Jumaat lepas, tiba-tiba saya jadi busy sebab buat plan secara tiba-tiba. Kami menerima berita dalam group wassap Cikgu Pencen tentang a...