Thursday, 23 July 2026

Diari Sabah: Jom Balik Rumah

Khamis, 23hb Julai 2026

Setelah tiga malam di hotel Hilton Kota Kinabalu, saya dah sangat rindu nak balik rumah. Seawal pukul 7:30 pagi saya dah bersiap-siap untuk turun sarapan di kafe hotel, Urban Kitchen. Hubby dah beli pakej sarapan untuk 3 hari. Usai sarapan saya terus berkemas. Pukul 9:30 pagi kami dah bersedia di lobi hotel. Hubby order Grab Car untuk ke Airport Kota Kinabalu. Perjalanan ke airport hanya 10 minit dan kami ada masa tiga jam untuk menunggu penerbangan MAS pukul 12:40 tengahari. So kita duduk-duduk berehat dan mengopi di balai pelepasan to kill the time.

Posing satu sebelum masuk ke balai pelepasan Airport KK. Muka ceria nak balik rumah.

Sekeping roti canai+kari ayam =RM18.

Matcha smoothie RM18... warna dan rasa green tea yang sangat minimal, lari jauh dari yang diiklankan di papan menu.😔

Depa tabur serbuk green tea tapi tak rasa green tea.

Walau tak puas hati dengan rasa, kita redha sahaja. Lagipun nak duduk melepak dalam kedai dia. Kiranya kita bayar harga tapak, not so much on harga makanan dan minuman.

Bersedia untuk boarding.

By pukul 12:30 tengahari kami dah boarding. Hubby ambik seat agak depan supaya boleh keluar laju-laju. Depa serve makanan untuk lunch. Saya ambik set nasi + kari ikan. Usai makan saya terus tidur hingga kapal terbang mendarat. Total penerbangan 2 jam 15 minit dan saya dapat tidur hampir 1 jam.

Seat no-9B & 9C.

Alhamdulillah kami selamat tiba di KLIA1 pada pukul 3:30 petang. Terus ambik kereta dan bayar parking RM185 untuk 4H3M dan terus balik rumah Ampang. 

Home Sweet Home.❤️❤️❤️

Sekian.😊

No comments:

Diari Sabah: Jom Balik Rumah

Khamis, 23hb Julai 2026 Setelah tiga malam di hotel  Hilton Kota Kinabalu , saya dah sangat rindu nak balik rumah. Seawal pukul 7:30 pagi sa...